Hectic month..

by - Saturday, April 14, 2012

Macam ni setiap bulan pun hanya ada 3 hingga 4 entry je dekat blog. Busuk, busuk. Banyak benda program sekarang ni.Setiap minggu ada program. Sampaikan dah takde masa nak layan Abun tersayang. Padahal Abun pun dah hilang. Oh Abun tu kucing jumpa kat construction site. Comel je panggil Abun sebab sebelum ni dibela oleh bapak2 indon kat site tu dan aku kidnap. Setiap kali buat mesti teringat nak post kat blog tapi selalu lupa sebab selalu buka blog sekali seminggu atau sekali dua minggu. Busuk kan..

Hari tu, aku pegi BTN. BTN oke..biro tatanegara gabungan MPP IPTA seluruh Penang. Best sebab ada program  mahasiswa mendekati masyarakat kampung, rewang di kenduri org kampung dan berakit dr mana ntah, ke mana.. siyes jauh. melawan arus ombak. Kayuh punye kayuh, grup aku dapat tempat ketiga daripada 8 kumpulan. hebat nye rasa..Macam dah kurus cikit je rasa. haopang! Cewah, sebab third language ambil Mandarin. nak belagak je.

ini konon-konon je kan?

kenduri dah habis, now bukak kan kemah.

ini UiTMPP dan USM student. hye korang! 


Tadi pulak baru balik dari program 'WALKATHON'. nak panggil wak aton pun boleh. nama program jalan-jalan melenggang kangkung sambil menyibuk mengorat lelaki sampaikan jalan pun jam dengan program ni.. Panas..panas. Sebenarnya, bontot macam tak kempis je walaupun setiap hari jalan berpuluh batu. Tapi join program tadi sebab nak rasa kurus jugak. Pastu dah ah bajet bila jalan jauh, badan sihat. Sekali bila Rapid Penang stop depan mata je, hambek kau asapp dia. Sumpah bahagia gila kalau bas Rapid tengah duduk depan kau, pastu kau hirup ekzos dia. Memang sihat ah badan I kan. Ini tipu.. abaikan




hehe.. i tak tau nak janji ke tak u. uih, malu la

budak ni nama dia awal khamis.. nak kenal? tak payah. senget cikit

Lagi 1, minggu lepas ada modul PPKP kat kampus. Tajuk pasal keusahawanan. Comel je rasa bila konon-konon tu ada 1 sesi kene jadi jurucakap atau wakil syarikat  untuk mendapatkan investment dr investor2 dan aku punye group kena present syarikat MAS dan aku jadi jurucakap tu lah. Ha, penat baca dalam 1 nafas. Tak de noktah sebab nak tunjukkan yang aku pandai kata hubung. Lepas present, aku rasa macam nak mula membenci Air Asia la sebab group yang Air Asia tu jahat suka hentam MAS.. Air Asia,I tak nak kawan dah. Tak nak naik flight u lg, unless u bg i tiket yang bawah rm20. Ok!



nak buat muka pondan. 

oh cukup lah..geli.. geli


penat aku cover nak nampak slim.. jadi kan.. ok, tak sia2 amik gambar dari tepi.

minggu depan balik umah, rindu budak berdua ni.. adik tersayang. Woi, penat aku bodek cakap tersayang. Jumpa nanti blnja makan kat kedai mamak. wokey.






You May Also Like

0 comments