Pesanan dari Kakak Senior UiTMPP


Tajuk: 
Surat cinta buat adik-adik junior yang bakal melanjutkan pelajaran ke Uitmpp

Assalammualaikum :)

Seronok adik-adik dapat surat ni dari akak kan. Eh, jangan panggil akak la. Rasa tua pulak sebab umur baru 22. panggil kitew je.. kitewww tau. bukan KITA. sebab nak nampak gedik sikit. Ok?

sebenarnya, baru tadi bukak dashboard and see 1 comment from my 'bakal junior' kat entry kite. 


kite try bukak blog awak yang nama SADDAM HEY tu. tapi ada masalah dalam post komen la. So, ini pesanan dari akak MIERA HAI. baca diam-diam ye.

Nak tips? hmm kite pun tak tau nak bg tips ape. tapi memandangkan awak budak baru semestinya awak akan ada MDS dulu kan (minggu destini siswa). Eh awak jgn risau. awak datang je ye. MDS ni macam orientasi. Kat program ni pun, awak akan belajar mcm mana nak sesuaikan diri di sini dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Nak carik awek dan pakwek baru pun boleh. ihik..

Untuk MDS, jangan lupa ye bawak baju putih dan kain hitam (bg siswi) dan kemeja putih juga (bg siswa). Kalau tak memang meraban la uolls nak mencarik baju ni semua. Akan digunakan masa uoll jumpa dengan REKTOR kampus pada akhir MDS nanti.

Oh awak dr Sarawak ye. Insyallah akan dapat kemudahan kolej bg pelajar sem 1 ni. Kite pun ada kenal dengan ramai budak Sarawak di sini (tak tanya pun kan). Kolej tu pun bergantung pada kekosongan. Kite tak janji la awak akan dapat, cuma nak bg tau, selalunya pelajar baru akan diberi keutamaan, BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN. Ingat? Kepada siswi takyah risau sebab uoll memang akan diberi keutamaan jugak untuk duduk di dalam. Rumah sewa pun banyak dekat sini untuk student.Unit NR akan membantu.Senarai rumah sewa pun akan disediakan nanti. Rayuan kolej pula, hmm susah nak cakap pasal ni sebab biasanya akan dibuka selepas intake kedua pelajar dan macam yang kite kata td, akan diberi keutamaan pada pelajar sem 1 dulu dan pelajar diploma. Degree masa untuk berdikari. Oh, bukan di UiTMPP je macam ni, UiTM lain pun sama.

Tempat shoping? lagi dekat. sebab kampus ni, di tengah2 kawasan bandar dan luar bandar. selesa tau. :)
Kalau nak pergi JUSCO, sila naik bas 702 or 709. Tapi kalau nak ke Sunway Carnival or Megamall, naik bas 709. Kalau nak ke Butterworth (Jeti) naik bas mana2 pun takpe. Ha, pasal bas pun aku dah ceghita kan. So, RAPID Penang, sila bayar komisyen I pliss. 

Untuk pengetahuan awak, UiTMPP ni merupakan kampus yang paling kecil antara kampus2 UiTM yang lain. Hanya berkeluasan bla..bla..bla. Tak pasti pulak. So no need to worry about the transport inside here. cuma kalau awak duk luar, mmg kene pikir la kan. Kami pegi kelas pun jalan kaki je.sebab sangat dekat. Pejabat pengurusan, HEP, HEA, bilik lecturer semua dalam 1 bangunan yang sama. So memang senang nak jalankan apa2 urusan. (kan dah cakap, kecik)

oh ye, kalau awak pelajar lama pulak, buat pendaftaran macam biasa. Bawak la semua2 dokumen yang dia minta. Pendaftaran pelajar lama biasanya akan dilakukan di fakulti masing-masing.. Pendaftaran sama jugak situasinya macam yang awak pernah lalui masa diploma dulu. Tak boleh la nak terus masuk kelas. sebab jadual kan tak dapat lg. so kena dftar di fakulti dulu lepas daftar di HEA, HEP, Unit Kesihatan, Unit Keselamatan , Perpustakaan dan Kolej.  Aaa.. 

***

tetiba terasa macam UiTMPP kena bayar aku la sebab aku boleh jadi duta kan.? ekeke.. perasan. Eh, abaikan kata ganti diri pertama yang gedik tu ye.

ini kompleks perdana yang kite cite tu la.The main building.
Bukan shopping complex la.

ini pemandangan UiTMPP dari kolej baiduri. 2 bangunan hujung tu kolej ye. Jgn risau. UiTMPP ni mengamalkan kempen 'Sayangi Lemak Anda' sebab semua bangunan ada lif. 
haih T_T


Laman perdana tempat berkumpul student. dinamakan dewan terbuka jugak sebab dewan tertutup tempat lain. (pandai2 je bg nama)

dewan besar


banyak sgt gambar bangunan pun tak best jugak. tgk la gambar kite ni. hewhew.. gedik nyewww


selamat berkenalan dr ahkak ye.. Eh silap.. kiteww.

Ni jela.. penat membebel. Nak minum air pulak. burrp



15 comments:

  1. waaa.thanx kak..terharu pla akak buat entry khas untuk budak2 baru macam saya :).oh akak ke yg urus mds nti?msti happening :))).tpi dlm surat tawaran tu bgtau masa 5hb nti trus p klas. dah takde2 dah pndftran.so nanti straight p klas ke kak?

    ReplyDelete
  2. hmm... dengar tu nasihat serta tips dari kakak senior...

    ReplyDelete
  3. ooo..kamu belajar kat sini la ye?/kat permatang pauh ye??ada masa boleh la jumpa..:)

    ReplyDelete
  4. salam.very helpful post.saya pun akan masuk ke uitmpp sesi march ni.em kak,saya nak tanya, saya dari sabah,dan saya flight saya ke penang 4hb march ni.tpi pendftaran pula pada 5hb.boleh tak saya terus pegi uitmpp pada 4hb dan mohon kolej?sebab saya tak dapat kolej dan smua rumah sewa yg uitmpp dah bagi dah full.agak2 kalau saya dtg 4hb tu boleh dapat kolej tak kak? anyway thnk you for this post.sangat2 membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunye, student akan buat pendaftaran ngan pihak kolej masa 4hb tu. so, siap sedia la jumpa ngan pihak kolej. Insyallah dapat...lagi2 perempuan kn. senang sgt.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam cik miera. Saja nak nyemak kat entri ni sebab teman pun student uitm tapi bukan uitm pulau pinang tapi shah alam tapi cara jugak gambar laman perdanan tu. dah macam interior shopping complex pon ada. tangga bagai. memang layak untuk mereka yang nak diet n kurangkan kolestrol dalam badan.

    ReplyDelete
  7. welcome :)

    erza : eh hai kak miera lah!! haha

    ReplyDelete
  8. owh.. ok.. banyak ilmu tau.. uitm paling kecik kat penang rupenye.. time kasih akak! <-- perasan muda

    ReplyDelete
  9. ahkak mieraaaaa!! i rindu uitmpp...!! huwaaa!! :'( isk! bestnye~ ouh3! ATTENTION! ahkak miera ni adalah JPPI(eh, skaty ak je bg nme pndek ni) emm..jawatankuasa perwakilan pelajar ijazah kat uitmpp..maka, nnt sure dy akan tlg2..n0 w0rriess~~kan kak miera kan??eheh..

    p/s:baek kn sy buat promotion dan luahan perasaan??kikiki ;) *wink2

    ReplyDelete
  10. KK : Mmg perasan muda la dia ni.haha

    Anon : aha, siapakah ini?? JPSM la.. bukan JPPI.. hihihi. yela dia baek.. haha

    ReplyDelete
  11. salam kak.nak tanya,program pemantapan siswa (ppw) tu orientasi ka? bila start untuk pelajar degree ya?

    ReplyDelete
  12. Hello, i think that i saw you visited my blog thus i
    came to “return the favor”.I'm trying to find things to improve my site!I suppose its ok to use some
    of your ideas!!

    My site: consolidation loans

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...