09 February 2012

Percutian Bajet Langkawi


FEBRUARY 2012

My fren, Putri call I masa tgh cuti sem.. 
Kecoh dia nak cakap ada tiket flight ke langkawi yang murah untuk malam esok. 

Malam esok? eh gile ke. I baru balik dari Penang and now kat Sungai Besar sedang membesarkan bontot, U ajak holiday? (tetiba je keluar monolog dalaman)

Setelah berbincang di telefon, maka tarikh diputuskan untuk pegi holiday ke Langkawi naik AIR ASIA dengan kadar potongan harga yang murah dan berbaloi-baloi. Sebab tu orang muda kata, kene booking awal.

Penat berkejaran train dan bas semata-mata risau dan takut tak sempat nak check in. Try check in guna intenet, lambat pulak. Masa tu, muka Putri dah cuak. I?? Relaks lagi sebab tak tau ape.hehe.. semua dia yang uruskan. Masa ni gelabah jugak, terus call ibu tersayang supaya doa kami sempat check in and flight delay. Haha.. luckily sangat hari tu. Kami sampai je LCCT, terus berlari dan yeah!! sempat check in and flight delay sebab plane nak tukar tayar. hehehe..Alhamdulillah


apalagi, masa untuk bergebang beramai-ramai dengan makcik2 yang turut terkandas bersama kami (ayat memang tak pernah nak sesuai ) T_T

Cheerful mood : ON.
Oke, sekarang boleh mula cerita pasal percutian bajet kami berdua.

bermalam di ANZ Langkawi Inn, Kampung Kedawang
sangat murah kat sini. Cuma hotel 1 bintang je tapi kami rasa berbaloi sebab kami berdua je. So, cukup la kan. jimat wang. Cuma mahu tido je. bukan bercuti dalam bilik hotel poooon. 
Bajet kat sini :

3 malam RM 180

macam ni la bilik kami =)
sumber : Google.

Akak yang owner hotel ni, sangatlah peramah dan tak sombong. Serba serbi tanya je dia.. Memang best. 

Oh ye, better awak semua check dulu kat tenet untuk new rate. Mana la tau kot2 masa nak book tu dah full booked ke kan. Tak payah nak gatal-gatal sangat terjah macam tu je. Satgi full, tido la hangpa kt tepi jalan. Mau? Nombor telefon, I takde sebab masa I pergi I just google je dulu ANZ Langkawi Inn Rates.. Gunakan kemudahan yang ada. Kalau I, lagi suka google pasal hotel ni kat Agoda.com or Tripadvisor.com sebab semua rates kat sini dah di update.

Cerita pasal kereta pulak,
Sewa kereta pun murah jugak. Memandangkan kami cuma berdua, so, kami decided untuk sewa kereta comel je di sana. kami sewa VIVA manual je di sana.

Bajet kereta sewa :
RM70 sehari
Bajet kereta ni depends pada orang yang awak dapat ye. Macam I, kebetulan dapat dari company yang sangat ok. Tak ingat pulak yang mana.. Huhu.. tula, minum banyak sangat air bersemut. maaf tak dapat nak tolong. Tapi banyak je tempat sewa kete kat sana. Sampai je dari jeti pun dah ada yang offer. Pastikan awak betul-betul mencari dan survey dulu. Takut dapat yang mahal. Kalau dah berkenan dengan mana-mana kereta tu, amik je. Nanti orang kebas pulak. hehehe

Ramai yang offer dah siap-siap.. InsyaAllah semua ok.

Island hoping pula,





murah jugak sebab kami dapat pakej seorang RM25 je. 
Eh murah la teww. sebab yang lain semua dalam RM30++. Ha, jeles letew.haha.. ok, kalau nak murah, uoll boleh pergi dengan pakej dari AB travel. senang je nak carik, dekat Pantai Chenang, depan AB Motel. Dekat area Pantai Chenang berlambak-lambak agent buat package ni..so tak payah risau kalau tak book awal...sebab kat sana sangat banyak, tanye je..cuma beza adalah harga pakej..macam kami dapat rm25 je..  iimat di situ


ulang suara,
bajet Island Hoping:
RM25 seorang

Nasihat I, masa nak ber-island hoping ni kan, tak payah la nak bercantik-cantik sangat. Sempoi je. Sebab nanti awak basah jugak. Yela, nama pun naik bot kan. Lagi cantik kalau pakai bikini je.. Wallah.. 

3 pulau macam biasa, Pulau beras basah, pulau singa besar (eagle feeding) and last one Pulau dayang bunting.
dah sampai Pulau Dayang Bunting.


kera dihutan disusukan. Akhirnya, kera dihutan menjadi nakal apabila sanggup mengejar dan cuba mengambil beg di tangan. Sungguh jahat kera yang disusukan. Berhati-hati dengan kera di Pulau ni ye sebab 'dorang' suka amik apa-apa yang ada ditangan..Jadi.. dinasihatkan.. masa Island Hoping bawak bag sekolah or bag sandang belakang je.. Sumbat la semua dalam beg tu sebab nanti monyet amik, lagi susah..



best moment antara kami terjadi pada hari kedua. Hari mandi dan berbasah-basahan. Dr pagi, sampai ke petang pakai baju yang sama membasahkan diri sewaktu Island Hoping, mandi di Tasik Dayang Bunting, mandi di Temurun Waterfall, ke kolam air panas and finally, mandi di Pantai.
Oh ye cerita pasal mandi, kat Tasik Dayang Bunting pun boleh mandi ye.. Sebab tu kami pakai baju yang alang-alang leh mandi terus..hehe.. I pon mandi jugak..tapi kejap je lah..kena sewa life jacket ye..RM10 satu..memang dalam tasik ni..tak pakai, tak pantai berenang..sila sewa life jacket, duit tidak dikembalikan....tapi jacket kena pulang balik...errr...

ini kolam air panas,
FREE ENTRY
macam iklan jual beg pulak. Air takdela panas sangat..Tapi boleh lah untuk rendam kaki sekejap..sebab dah penat berjalan kan.



Jalan-jalan nikmati pemandangan... wwoosshhh




underwater world,

sibuk kau main dengan burung tu. Eh sepatutnya ada gambar dugong dan ikan kan. Lupakan.. hehe
Bajet kat Underwater world :

Entrance Fees
AdultsRM40 (without MyKad) / RM30 (with MyKad)
Children (3-12 years old)       RM30 (without MyKad) / RM20 (with MyKad)
Malaysian Senior Citizens (50 years old & above)  RM24 (with MyKad)
Goverment RateAdults RM24 and Children RM16. One (1) Government I.D. Card entitles for two (2) adults and two (2) children.
**2015 new rate

even sedang bercuti pun, masih banyak kerja yang I kene buat.ini yang dikatakan sambil kerja sambil holiday agaknya. 

masa nak balik, tiba-tiba Putri cakap,
we taking turns to be in pictures and never have photos together. At least, I would have to hold the camera up high like a vain person to snap us.
dan itu disedari bila kami dah nak berpisah balik di jeti. T_T
Terasa dah dewasa pulak kami bercuti berdua. Our parents?? tak kisah asalkan kami pandai jaga diri. Next destination, BALI

Rancang percutian dengan baik. Internet kan ada. so, rancang awal dan booking awal untuk tau harga-harga yang murah dan sesuai dengan bajet sendiri. Sebenarnya, murah lg kalau bercuti dengan pakej. Tapi depends la.. kalau macam I, lg suka mcm ni sbb bebas nak kemana je.. Tak payah ikut org kan..

So..memandangkan ramai yang contact I tanya pasal travel agency ke Langkawi, boleh contact no ni..mmg berbaloi. En Huzaifah ni peramah. Boleh tanya beliau pakej-pakej melancong ke mana sahaja.
En. Huzaifah
019-4486491



10 comments:

nana cHan said...

dah banyak kali pegi langkawi tp x penah pegi island hoping. ada org ckp bot laju. eh?

cik miera said...

yup.. kalau nk pegi island hoping, jgn pakai cntik2..sebab nnti basah kene air n nk main air je ase.. hihi.. pegi la, murah je. rm25 seorang

diana said...

teringat masa pi langkawi tahun lepas..
seronok saNGT..:)

Azek zk said...

lama x pg sana.

SIELA MIKAIE said...

akak xpnh lg pegi sane.. even dulu bljar kt perlis..tp jarang keluar.hehehe.. tgk gmba miera mcm best je!!! knp xajak akak skali..hahaha

ct_usna90 said...

pakej 3hr 2mlm tu u p tmpat menarik pe lg ek selain island hoping?
leh x bg no chalet yg u menginap 2 beminatla

Juin Ali said...

hi mira masa u all pg tu u all dari mana .... i dari jb... u all naik fligh ke...mahal tak

Arham Md Ali said...

Nice entry ni ^__^. Sebab planning nak pergi Langkawi Jun nanti, tengah survey-survey tempat dan harga. Bagus entry ni sebab sertakan harga sekali so senang.

yatty said...

Mcm berminat nak pergi..tggu cuti skolah dulu..;)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...