Tajuk:
Surat cinta buat adik-adik junior yang bakal melanjutkan pelajaran ke Uitmpp
Assalammualaikum :)
Seronok adik-adik dapat surat ni dari akak kan. Eh, jangan panggil akak la. Rasa tua pulak sebab umur baru 22. panggil kitew je.. kitewww tau. bukan KITA. sebab nak nampak gedik sikit. Ok?
sebenarnya, baru tadi bukak dashboard and see 1 comment from my 'bakal junior' kat entry kite.
kite try bukak blog awak yang nama SADDAM HEY tu. tapi ada masalah dalam post komen la. So, ini pesanan dari akak MIERA HAI. baca diam-diam ye.
Nak tips? hmm kite pun tak tau nak bg tips ape. tapi memandangkan awak budak baru semestinya awak akan ada MDS dulu kan (minggu destini siswa). Eh awak jgn risau. awak datang je ye. MDS ni macam orientasi. Kat program ni pun, awak akan belajar mcm mana nak sesuaikan diri di sini dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Nak carik awek dan pakwek baru pun boleh. ihik..
Untuk MDS, jangan lupa ye bawak baju putih dan kain hitam (bg siswi) dan kemeja putih juga (bg siswa). Kalau tak memang meraban la uolls nak mencarik baju ni semua. Akan digunakan masa uoll jumpa dengan REKTOR kampus pada akhir MDS nanti.
Oh awak dr Sarawak ye. Insyallah akan dapat kemudahan kolej bg pelajar sem 1 ni. Kite pun ada kenal dengan ramai budak Sarawak di sini (tak tanya pun kan). Kolej tu pun bergantung pada kekosongan. Kite tak janji la awak akan dapat, cuma nak bg tau, selalunya pelajar baru akan diberi keutamaan, BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN. Ingat? Kepada siswi takyah risau sebab uoll memang akan diberi keutamaan jugak untuk duduk di dalam. Rumah sewa pun banyak dekat sini untuk student.Unit NR akan membantu.Senarai rumah sewa pun akan disediakan nanti. Rayuan kolej pula, hmm susah nak cakap pasal ni sebab biasanya akan dibuka selepas intake kedua pelajar dan macam yang kite kata td, akan diberi keutamaan pada pelajar sem 1 dulu dan pelajar diploma. Degree masa untuk berdikari. Oh, bukan di UiTMPP je macam ni, UiTM lain pun sama.
Tempat shoping? lagi dekat. sebab kampus ni, di tengah2 kawasan bandar dan luar bandar. selesa tau. :)
Kalau nak pergi JUSCO, sila naik bas 702 or 709. Tapi kalau nak ke Sunway Carnival or Megamall, naik bas 709. Kalau nak ke Butterworth (Jeti) naik bas mana2 pun takpe. Ha, pasal bas pun aku dah ceghita kan. So, RAPID Penang, sila bayar komisyen I pliss.
Untuk pengetahuan awak, UiTMPP ni merupakan kampus yang paling kecil antara kampus2 UiTM yang lain. Hanya berkeluasan bla..bla..bla. Tak pasti pulak. So no need to worry about the transport inside here. cuma kalau awak duk luar, mmg kene pikir la kan. Kami pegi kelas pun jalan kaki jesebab sangat dekat. Pejabat pengurusan, HEP, HEA, bilik lecturer semua dalam 1 bangunan yang sama. So memang senang nak jalankan apa2 urusan. (kan dah cakap, kecik)
oh ye, kalau awak pelajar lama pulak, buat pendaftaran macam biasa. Bawak la semua2 dokumen yang dia minta. Pendaftaran pelajar lama biasanya akan dilakukan di fakulti masing-masing.. Pendaftaran sama jugak situasinya macam yang awak pernah lalui masa diploma dulu. Tak boleh la nak terus masuk kelas. sebab jadual kan tak dapat lg. So kena dftar di fakulti dulu lepas daftar di HEA, HEP, Unit Kesihatan, Unit Keselamatan , Perpustakaan dan Kolej. Aaa..nanti akak-akak PMDS akan tunjukkan ok.
***
tetiba terasa macam UiTMPP kena bayar aku la sebab aku boleh jadi duta kan.? ekeke.. perasan. Eh, abaikan kata ganti diri pertama yang gedik tu ye.
ini kompleks perdana yang kite cite tu la.The main building yang semua ada kat sini. Pejabat Rektor, Pejabat HEP, HEA, Bilik lecturer, Unit Kewangan and all..
ini pemandangan UiTMPP yang akak google kan khas untuk awak. Kecik la berbanding kampus UiTM lain. Jgn risau. UiTMPP ni mengamalkan kempen 'Sayangi Lemak Anda' sebab semua bangunan ada lif.
haih T_T
Laman perdana tempat berkumpul student. dinamakan dewan terbuka jugak sebab dewan tertutup tempat lain. (pandai2 je bg nama). Kat sini la aktiviti pelajar banyak dilakukan, Exam pun ada buat kat sini sebab ruangnya luas.

Laman siswa. Tempat study, discussion and exam. Area wifi kuat. (slow jelah.. T_T)

dewan besar UiTMPP

library UiTMPP
Gambar semua akak google. Mekasih sumber-sumber di Google. Eh, banyak sgt gambar bangunan pun tak best jugak. tgk la gambar kite ni. hewhew.. gedik nyewww

selamat berkenalan dr akak ye. Gambar ni tak cantik, tapi depan-depan akak cantik. Hahahaha.. perasan.! deng!
Ni jela.. penat membebel. Nak minum air pulak. burrp