Responsibility



Argghhhhh...long sigh. tarik nafas dalam-dalam.... 
dan lepaskan perlahan-lahan..

such a long and tired week for me.
minggu ni, sibuk tak terkata.
Sibuk melibatkan diri menguruskan program yang bermacam-macam.
Now dah masuk 1 badan bebas, dorang panggil thinkers.
Aku pulak memang bajet feeling2 thinkers la sgt kan..
bila cerita pasal badan bebas ni, maksudnya aku bukan under mana2 kelab. kami semua bergerak bebas. NGO la konon nyee.....
Tapi seronok, sebab aku ada bnyak peluang untuk belajar macam mana nak uruskan program dan cuba jadi multi tasking. 
Bila ada program kat tangan, cepat2 setelkan and cari platform serahkan pada mana2 persatuan dan kelab. ihik..
Cuma kadang2 geram jugak pada kelab yang tak nak kerjasama..

ah..persetankan lah. at least aku tolong untuk naikkan kelab UiTM. kan?? kan?

..pandang cermin, angkat dagu, angkat bahu.. 

Sedia maklum, aku baru je update keluar dr persatuan sebagai Exco Korporat dan Pengantarabangsaan.
So, rasa macam dah free la. 
Tapi..

Oh crap.. ayat tapi mmg tak sesuai.

Tiba-tiba, 
ohoi..dapat 1 lagi tanggungjawab baru. Ha, padan muka. 
Dah terbiasa aktif dalam kampus, sampai tak boleh nak duduk diam,
rindu dengan hidup kucar kacir dan tunggang langgang macam dulu.
Semua aku nak bantai buat. Peduli ape aku.
pastu, mula la. dh lepas jawatan,
cuba pulak konon-konon nak bizi.. ayat stereotype.

Fishy..

Alhamdulillah, 
dapat 1 lagi jawatan,
Presiden kelab ICTS

Sebelah kaki nak masuk kubu, sebelah lagi agak keberatan. Takpe, take your time please. Tapi sampai bila aku nak ragu-ragu.
Mintak pendapat semua sebelum amik tanggungjawab ni,
msj kawan lama, macam2 nasihat dapat..
Alhamdulillah semua menyokong.

..pandang lantai, malu...

So sekarang, cuba sedaya upaya hidupkan kelab ni,
Sasaran utama, nak mula buat aktiviti kelab berdasarkan akademik. dah penat la selama ni buat aktiviti dan program huha huha.
dah nak habis belajar pun,

doakan aku.

for me,

this is life. sometimes, life isn't just about enjoying it. sometimes, in our life we must do something that make a big changes to ourself.




dh enable kan balik komen.. :)



Duplicate (Family)


Hye kamu-kamu, makhluk yang tinggal di Malaysia, Indonesia, Myamar, Canada, US, Singapore, UK, Perancis dan lain-lain lah. Eceh, macam mana tau? sebab nuffnang yang bgtau. Sila lah percaya. 

Dalam dunia ni semua ada mak. Tak kira la yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia. Tak kisah lah. Even alien pun aku rasa ada emak. Kalau tak, takkan keluar sendiri kan.

Tiba-tiba rasa rindu kat mak. Belek-belek album gambar lama. Muka aku lain sikit dengan mak aku. dan sama sikit dengan abah. Hmm bak kata org aku ni memang anak abah pun.  

Sekarang aku tau kenapa muka lain-lain. Ya, memang la sebab genetik. Ntah aku tak tau nak explain macam mana sebab aku bukan budak Bio. Dari sekolah aku amik course Civil Eng. Amik course ni belajar Fizik and Kimia jugak tapi Bio dilupuskan sebab takde kena mengena kot. Padahal.... Oh crap! hentikan penjelasan yang macam ni. Straight to the point. Serious.

Tiba-tiba teringat,

mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi nak borak-borak dengan iya masa masak.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi yang nak marah iya kalau iya buat salah.
mak, kalau mak dah takde, siapa nak masakkan makanan kegemaran kalau iya teringin nak makan. Orang lain masak tak sama dengan mak.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa lagi yang nak bagi nasihat berguna kat iya.

mak, kalau mak dah takde nanti, siapa yang nak paksa iya buat kerja rumah semua tu. Padahal anak mak ni la yang plg malas.
mak, kalau mak dah takde nanti, siapa yang nak dengar anak mak buat lawak. Mak suka gelak dengar lawak tak jadi anak mak ni. 
mak, kalau mak takde nanti....

abah, kalau abah dah takde nanti, siapa lagi yang nak kol iya pagi-pagi sebelum pegi kelas. 
Walaupun anak abah ni dah besar, abah suka kejutkan.
abah, kalau abah dah takde nanti, siapa yang nak ajak anak abah ni lepak dan jalan-jalan waktu petang,
abah, kalau abah dah takde nanti, siapa nak bebel kat iya sebab selalu lambat bersiap nak keluar,
abah, kalau abah takde nanti, siapa yang nak masakkan asam pedas power tu. 
abah, kalau abah takde nanti......


*air mata mengalir. sadis mengenangkan diri yang jauh diperantauan. Lamanya rasa tak spend time dengan mereka. 


Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku dan berikanlah mereka kesihatan yang baik. 


Esok balik rumah.. Miss them. 



Student Engineering Selekeh


Assalammualaikum :)
Hye dudes and babes... oh, my blog too. Hye blog..
tajuk tu sesaje nak letak mcm tu. takde kena mengena dengan baru nak belajar alphabet. 

sjhdghszrvbnj.. ok sesaje je.

Once upon a time.. Okay, that's crap. Hate those words, cliche. Well, Life has been good in shape-recently. Alhamdulillah, all praise be to Allah. But, lately penyakit malas datang melawat lg. Bila nak mula study je, mula lah menyimpang tak tentu arah. Suka keluar kelas dan makan kat 'siswa walk'. pastu balik kelas, mula la ngantuk. Kadang-kadang nak ke kelas pun malas. Hehehe. Dan aku rasa aku dah menyimpang banyak dari jalan yang betul. Bahaya ni bahaya. 

Oh ye.. kali ni menulis untuk meluahkan sesuatu. One of my course mate, told me..........

 Ada budak from other course said that we, student engineering as a selekeh dan tak tau fesyen. ngeh3.. ha tu dia.. terasa aku. yela, aku mmg pegi kelas sempoi2 je. plg cantik aku rasa, aku pegi kelas pakai baju kurung. hehe.. cantik and sopan kan. takde plak terasa nak pakai heels dan mekap cam depa tu. Ye, aku tau kadang-kadang aku ibarat pelarian dalam dunia aku sendiri. Pergi kelas pun paling malas aku pakai selipar je. Pastu nampak pak guard, mulalah lari sebab takut kena saman. Takpe-takpe. aku dh mula sedar. Ok, biarkan mereka dengan labu-labunya. jangan la kata kami ni tak tau fesyen. Cuma, kalau nak bercantik-cantik ni, keluar kampus ok la kot. Dalam kampus ni, masih terkejar-kejar lagi ke kelas. Gelabah.

Lecturer aku pernah cakap .. Kalau kat luar, nampak perbezaan antara engineer dan arkitek. Engineer sangat sempoi. Kalau arkitek pulak, sangat kemas. Jangan samakan mereka. Kerja lain-lain dan sebenarnya aku masih tak faham, cantik dan fesyen macam mana mereka maksudkan. sebab aku rasa apa yang aku pakai sekarang, sesuai dengan umur aku.
Oh yela kan.. mgkin dia maksudkan orang lain. Apehal nak terasa. Relax sudah. 
(sebab dia tujukan kat student engineering, bukan org tertentu T_T)

hehe

Dan aku bangkang kenyataan ni. Hahaha.. sebab student Engineering hensem kot..

Hahaha... kelakar la awak



Budak medic dan farmasi lak org pandang macam nerd. Padahal tak pun. biasa je.

 Mungkin kita pandang dunia dari sudut yang berbeza. Jadi, jangan menghakimi mereka, jangan menghakimi aku. Kau, aku, mereka, kita. Tak kira bangsa, mahupun agama, sama sahaja tarafnya. Yang hanya menjadi perbezaan, hanya lah taraf di sisi Tuhan. Hanya Tuhan yang layak menghakimi, hanya Tuhan yang layak menghukumi. Bukan kau. Bukan aku. Ecewah..

Oh ya, good news aku terima sekarang.
Badan semakin sihat. Buat body scanning dengan coach sendiri.Tu kelebihan minum air putih banyak kan. After 2 weeks, ada la perubahan tu. Seronok wei.. hehe.. Everyday,I try to drink 6 Litre water per day. So far yang mampu cuma 4 Litre air je. So kay.. try lagi. Tak susah. Tipsnya, 500ml water each hour. Geli pulak aku merojakkan bahasa ni.

Last but not least,
I always remind myself, study is most important thing than others. 1 year left for me to struggle in my study. Finish my degree with first class.. or at least got CGPA more than 3.5, not easy. but i'll try. =)

Laugh, even when you feel too sick or too worn out or tired. 
Smile, even when you're trying not to cry and the tears are blurring your vision. 
Sing, even when people stare at you and tell you your voice is crappy. 
Trust, even when your heart begs you not to. 
Twirl, even when your mind makes no sense of what you see. 

Frolick, even when you are made fun of. Kiss, even when others are watching. Sleep, even when you're afraid of what the dreams might bring.
Run, even when it feels like you can't run any more.
And, always, remember, even when the memories pinch your heart. Because the pain of all your experience is what makes you the person you are now. And without your experience---you are an empty page, a blank notebook, a missing lyric. What makes you brave is your willingness to live through your terrible life and hold your head up high the next day. So don't live life in fear. Because you are stronger now, after all the crap has happened, than you ever were back before it started.”




Lovely huh! thanks syg. =)




A version of DIARY..


Assalammualaikum :) 

Have been going through a hectic schedule recently. Humongous, gigantic and  gargantuan apologies for the abandonment of this blog. A lot has been going on.. huhu.

BEBEBEBBEBEBEBBEBEBEBEBBEBEBEBBBBBBB....................................!! 


Windu nak tekan tekan kibod yang dah usang dan behabok-habok x hengat dunia nih.haha.. Ni entry luahan perasaan kat blog sendiri tau. huhu.. lama tak update, tetiba je nak meluahkan bagai. Cehh.. *dush* melalut pulak.


******


Dear blog,

          Awak tau kan, selama ni kite pegang 1 amanah dari pelajar degree UiTMPP. Awak tau kan blog? ala.. kan kite penah buat luahan hati kat awak masa mula-mula kite dapat jawatan tu.. Ingat tak? 

---Tiba-tiba melodi Sebuah pertemuan UNIC fade masuk



"Menitis airmataku keharuan 

Kepada sebuah pertemuan 


Kehadiranmu mendamaikan 

Hati yang dahulu keresahan "



Blog,      

         Awak nak tau tak, semalam kami buat AGM.. Macam mana ea nak describe pasal ni.. hmm ok.. AGM is stand for Annual Grand Meeting. Ha, tu la. Untuk kali terakhir nya, kite uruskan program. huhu.. sebab semalam perletakan jawatan dan perlantikan baru berlaku.

Awak nak tau, kite rase sebak sgt masa perletakan jawatan tu berlaku. Tapi pada masa yang sama, kite happy sebab terlepas 1 tanggungjawab dalam diri. Kite sebak sebab dalam organisasi ni , banyak suka duka yang kite alami. Kite belajar macam-macam. Uruskan program. Buat program. Seronok!! tapi kite cuma ada 2 pilihan je. Kalau ikutkan hati memang nak sambung lagi jawatan ni, tapi tu ikut hati, kalau ikut jantung, tak boleh nak teruskan dah. Bagi peluang pada pelajar lain pulak. Hehe.. ayat macam poyo. Eh tak.. lepas ni nak kena utamakan akademik pulak. Lagi setahun je nak habis belajar.

Blog, 

kite ingat lagi kali pertama kite uruskan program pertama selepas penubuhan JPSM, kelam kabut sgt. Budak baru kan. huhu.. nasib baik kawan-kawan kite ni tolong. Kalau tak, rasanya tak jadi program. terus jd majlis karaoke. Eh sebab kite suka nyanyi. Terima kasih kawan-kawan. hehe.. 

Ni kawan-kawan seangkatan kite,

mereka sgt berpengalaman.. terdiri dr pelbagai latar belakang. Ada yang pernah jadi presiden2 kelab/persatuan.. Semua hebat-hebat. kite belajar dr dorg lahhhhh..

Before this, I've always gave negative thoughts on people who enter on this organization. Ada je yang tak puas hati and rasa macam G-pang je. U know G-PANG?? Gila pangkat.huhu.. but then, lepas sendiri merasai tanggungjawab ni, I realized that, bukan senang nak puaskan hati semua org. Bukan senang nak buat semua tu and the most important is,  It's not about leading, it's about serving. We serve the students. Tunaikan apa yang mereka mahukan. Letakkan kaki kita ditempat mereka dan laksanakan apa yang terdaya.


wahh.. gitu kan blog. Kite ni macam membebel pulak. Eh bukan.. kite meluahkan je apa yang tersimpan. Eceeehhhhwaahh... kata-kata terakhir lepas letak jawatan kan. hewhew..

Lagu Sebuah Pertemuan slowly fade out

"Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman "


Bye blog :)


Time, Words and Opportunity :)



Assalammualaikum :)

2 Hari ni aku lalui 1 pengalaman yang sgt indah dalam hidup
Ececeh.. cite macam kisah cinta kan.. hekeleh..
Teeeettt...

Ini bukan blog cinta. Eh silap.. ini belum masanya nak aku cite pasal cinta. Kalau aku dah ada pakwe dan rasa nak ceghite, nnti aku tempek la pic pakwe aku banyak2 kat sebelah blog ni. Suka kan? haha

Eh dah bukak laman sesawang ni, tiba2 rajin pulak nak hupdate. Padahal selama ni aku memang pemalas. 
"Oh laman sesawang peribadi dah bersawang rupanya.. kui..kui "

Byk benda aku nak story morry dekat sini..

Tapi bila on je belog get ready mahu menaip,tetibe habes hilang sume idea.
Mood pon sekali terbabas.Ah..terus x jadi nak hupdate laaa pullakkk. 
Blah.. blah.. ayat nak mintak simpati  

So, ringkaskan ceghita.. Dua hari ni, aku ikut 1 program yang dikendalikan di Institut Al Qayyim.

Fasa 1 : 




Subhanallah.. Sumpah best program ni.. 
Asalnye aku nak balik minggu ni kt umah mak, pastu terpaksa cancel sebab pinjaman tak masuk lagi. Sumpah sadis jadi anak perantau ni. Nak kena jimat duit je. Then seorang kawan yg baik anta msj ajak join. Firstly baca, macam..... Oh Man..!! Bible study .? Perkembangan agama Kristian dan agama lain? Riwayat Jesus? Kristian Katolik dan Protestan.? Kebenaran Islam dan dan dan........... Ok.. interesting.. ulang suara. INTERESTING. pheww

Ni yg eden nak koba ngan ekau sumo ni. Humang ai!!

Banyak ilmu yang den dopek dr kursus ni.. 
Den diajor camno cangho nak sampai kan dakwah kek oghang bukan Islam. Camno nak patahkan soalan dari oghang bukan Islam mengenai Islam lagi-lagi sekaghang ni ha. Semuo yo berpandukan Al-Quran dan Hadith.  Baru fasa pertamo. Memang eden tak tao cmno sgt. Baru pengenalan. Masih banyok laei yg eden kono blajo. Eh bukan la den cakap pasni den nak jadi pendakwah. Hehe.. nanti ado yg panggil den ustazah Miera pulak. Bukan.... amboi, komain. malu den kang. Den join pun pasal den ngaso2, eden ni pun banyak kelomahan dan banyak yang perlu den blajo. So, den pun grab this OPPORTUNITY laaaahhh..

*dah..dah.. ape yang aku mengarut ni*

Cuma perkara pertama yang Bro Lim cakap, semua org Islam adalah pendakwah.
Tak kira la apa yang kau sampaikan tentang kebenaran Islam, kau pendakwah jugak. Dan.. mmg tanggungjawab kita menyampaikan kebenaran kepada mereka yang belum menerimanya.

Mula-mula, aku macam ragu2 jugak nak masuk. Tgk nama speaker, nama cina. Tapi sebenarnya, kalau Islam tak semestinya kena tukar nama. Asalkan maksud baik, tak ape maa.. Maksud nama bro ni, baik. So, kenapa nak tukar? sedangkan cina di China pun nama banyak kekalkan. Apa yang membuatkan aku ternganga ialah, hujah semua ada sumber dari Al-Quran dan Hadith. bukan cakap kosong. bukan fatwa sendiri. Every single doubt and questions, explained and solved one by one with the al-Quran verse and Hadith. Especially Brother Lim who explained it in humors and relaxing way. So the attendees found it's very easy to get along in this process of "Resetting" mindset into a clean and clear perception against Non Muslim and their religions..  

dan aku akui, buat pertama kalinya, aku pegang bible, buka, baca dan mengkaji bersama mereka. Tak payah risau la. Kalau aqidah tak kuat, bukan setakat baca Bible, buat apa2 dalam hidup pun aqidah tetap goyang . 


Apa-apa pun... memang seronok. hehe.. thanks pada kawan yang mengajak aku. Kalau tak, sampai sekarang aku tak tau. 



Firman Allah:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Ertinya:” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”

(Ali-Imran: 110)


can't wait for 2nd Phase of IDT..

See u.. ;)

Sweet September :)



Hello.
saya belum mati.
hidup. sihat.
bahagia.
Alhamdulillah.
Sekarang tengah mabuk.
Dah lama tak minum soda, sejak menjak ni, ada la beberapa kali minum.
So agak pelik sikit.
tekak sakit. batuk. dan demam separuh hari. 
kuat kan antibodi. ngeh3..

ok fine. stop.


now sem baru dah mula. Tapi duit pinjaman tak masuk lagi. even duit gayer tahun ni 400 lebih je.. ringgit malaysia ye.. bukan rupiah.ngee.. tapi tetap rasa pokai. banyak betul nak kena pakai awal2 sem ni walaupun ditambah duit gaji. huhu T_T 
arghhh aku memang suka membazir. dapat la duit banyak mana pun, ada je benda yang nak dibeli dan dibelanja. Tapi mak tak marah sebab semua tanggungjawab sendiri. Tak de duit, pandai2 la nak hidup. Cuma yang best kalau ada duit, leh blnja kawan2. hang out sama. eh2.. tak pe.. skali skala. Mak kata jangan kedekut kan. heuwheuw..

Lepas ni kalau duit pinjaman masuk, aku kena la asingkan awal2 duit makan and duit shoping. huhu. kalau tak, susah la hidup hujung2 sem nanti. Adeyh.. bila la nak mula keinsafan berjimat cermat. Lama tak menabung. Baby pink pun dah mula merajuk agaknya.



tinggal sen je. Takpe nnti kite bg awak makan k

Duit tu macam air kan. Cepat je mengalir. Sedar2 dah tinggal cikit. Kadang2 bila jalan, konon la nak bawak RM10 je kat tangan, tak nak bazir, tup tup msti habis. Siap pinjam kawan lagi. Lagi2 zaman sekarang ni ada debit kad pulak kan. Memang la tak berhutang, tapi kalau dah asyik cucuk je.. scrett je.. tak habis ke. huhu.. Aigoo.. barang pulak mahal. Haish salah harga barang pulak.
Time awal-awal ni pulak lappy buat hal. kaki patah pulak.
Sekarang my lappy dah boleh mengelastikkan badan. buka 180 degree. lappy kau mampu ke? huhu hebat kan. Nak baiki kena anta kat centre pulak. Dah la ACER centre susah nak carik kat Pinang ni. Sape yang sanggup nak baiki? hehe.. meh la tolong kite. Nanti kite belanja makan. Sanggup?


ni jadual baru sem ni.
kalau nak ajak aku dating or nak belanja aku makan sila lihat kekosongan ini ye. muahahaha.. eh.
Sem ni kelas ada kat Bandar Perda. Jenuhla nak kena naik bas sebab ni kampus luar. 

"Mak.. iya nak kete. hehehe". jenuh la mak aku nak layan aku pasni. msti mengada-ngada.
 Jenuh* jenuh* oke. stop!

Ni subjek yang aku amik sem ni :

Mandarin Language II
Infrastructure Economic Business
Computational Analysis Method for Engineers
Structural Steel Design
Engineering Hydrology
Further Differential Equations (Math)


kereta tu harus ada sebagai sumber inspirasi. Lotion tu tah dah bape lama la. Tu je yang tinggal. Amboi, saving giler tak nak pakai. Hehe.


Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah 
diriku,keluargaku,
dan orang-orang yang ku sayang dalam hidupku.
Oh Tuhanku, Tiada indah hidup di dunia, melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu. Tiada indah, tiba di akhirat yang abadi kecuali dengan keampunan-Mu .Ya Allah Tuhanku yang merubah kalbu, Tetapkanlah hatiku .Moga sentiasa dalam agama-Mu dan Jua taat akan perintah-Mu. Tuhan usah bebankan kami dengan bebanan yang berat. Seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu...dari kami.Tuhan , Jangan pikulkan kami Yang tidak kami terdaya .Maafkan salah kesilapan, Ampunkanlah dosa-dosa dan Rahmatilah kami...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkau berikanlah kejayaan kepadaku di dunia mahupun di akhiratmu Ya Allah.



Oke.. aku ngantuk. nak sambung tido sebelum kelas pukul 11 ni.
agaga..! Sambung bebel lain kali.

Bye olls..







Obsession on IKEA design

I don't know how did they do it, BUT I ADMIT.. that whenever I come to IKEA SHOWROOM,
sambil berjalan pun I boleh berangan, feeling macam I sorg je yang ada kt situ and I wish I 'm MARRIED dan ada rumah sendiri. Comel je.

Its ok to dream. hehehe mari mari


Really love this idea for my work room.





uh.. bila la nak ada rumah sendiri dan hias macam ni.. kan SAYANG.


Maksud Huruf 'i' pada iPhone, iPad, etc


Mungkin kebanyakkan pengguna atau peminat produk buatan Apple tidak mengetahui atau memang tidak ambil tahu langsung apa makna di sebalik huruf “i” pada telefon pintar iPhone, iPad dan sebagainya.


Ok, sebenarnya huruf “i” tu bukan saja-saja je letak tapi ada maksudnya yang tersendiri. Sebagai contoh produk pertama yang dibangunkan yang mempunyai huruf “i” di depannya ialah iMac. Jadi, “i” mewakili internet dan “Mac” mewakili Macintosh. Internet merupakan kata yang paling sering dikira diwakili “i”. Namun, internet bukanlah satu-satunya erti “i” yang dimaksud Steve Jobs.
Selain internet, “i” juga bererti individual, merujuk pada sifat alami personal komputer. Arahan, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan serta informasi dan inspirasi.

Sejak pengeluaran iMac pada 1998, Apple mula merancang beberapa rancangan serupa produk lainnya menggunakan “i” termasuk iPod, iPhone dan kini iPad…

Sumber : Nizarazu.com

Raya Bibik

Hye challoz challoz..
Sambil type, sambil terkeruk-keruk macam beruk aku menaip entry ni.. kuikuikui.. Sejak raya ni, alergik badan makin menjadi-jadi pulak. Bila malam je mula lah badan nak gatal. Ok stop. 

Sekarang ni dah raya kelima. Hampir sebulan baru nak update entry. Busuk betul bibik ni. Memandangkan nak taip entry pun selalu malas, maka hanya entry kontot saje yang mampu dilakukan. So anak-anak semua. Dengan lafaz Bismillah...

kegemaran di hari raya
mari kita makan. Eh2 tak lah. Dengan lafaz bismillah, kita mulakan ucapan raya.

Awak-awak semua, Saya Nur Amira binti Hassan nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya.. Kepada yang tak kenal tapi selalu singgah and baca blog ni pun, nak ucapkan jugak ye. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan terburuk perangai serta terburuk siku. Lagi2 bab makan. Ye, aku ni memang buruk perangai kalau berkaitan dengan makan. Boleh bikin gaduh. Eh??
Selamat Hari Raya semua.! Raya molek2 oke. 

Oke, done with ucapan hari raya. Feeling macam femes sgt ada salam perantauan dari anak Klang ni kan. Ni yang seronok ada blog sebab suka2 je nak taip apa. Orang pun tak kisah. kan?? ngeh3..

Macam yang aku cakap dalam entry lepas.. Raya tahun ni, takde feel sgt sebab aku cuma mampu beraya sehari je bersama family. Raya kedua pulak dah menabur bakti kat tempat keje. Orang tak dapat cuti, macam ni la.. Isk.isk.isk T_T . Sebab kan feel raya tu macam takde sgt tahun ni, so baju raya pun aku tak sempat beli. Main pakai yang mana ada je. Macam mana nak jumpa bakal mak mentua ni. haish. Baju dah boleh buat kain buruk je. Hari2 pakai pegi kuliah.. Mgkin sebab tak dapat baju baru kot badan aku makin lembik. Selalu tergaru2 macam kera sebab alergik.  Yang seronoknye, ehem.. duit raya bertambah dari hari ke hari. Wahh.. berseri balik muka bila dapat duit ye Bik Miera. Umur makin lanjut, ape rahsianya? ehe, org muka awet muda memang macam ni. hewhewhew

Eh bukan kata tadi nak buat entry kontot ke? Maafkan bibik ye. 

Selamat Hari Raya. 
Peace  :)





Final Exam



Hell-oh!!

As my final exam is approaching lagi beberapa hari je lagi.. Oh my! counting the day.. 4 days of countdown to the exact date of my first paper. Eh silap. memandang kan aku taip entry ni petang, so ada lagi 3 HARI.! Seriously, bulan ini sangat penat dengan test dan asiment yang berderet.. Sebab tu nak tunjuk my Planner for this month kat uolls jugak. Tgk jela macam mana daku menghadapi hari2 dalam bulan ni.. Masa untuk diri sendiri dan dating pun dah takde. Ececeh, nak jugak kau letak pasal dating kan. 

Hello My June Planner. Pasni boleh ronyok2 buang dalam tong sampah jiran sebelah.


See.. everyday is full with test dan test. Bukan merungut, cuma meluah.. Eh sama kan?

Jadi, aku sedang berjuang sekarang. Berjuang untuk meng-off kan laptop dan mula menelaah pelajaran. Itu baru satu. Banyak lagi perjuangan aku ni. Tapi kalau nyatakan semua, macam menggembur2 kan pulak sedangkan aku paling perlukan perjuangan tido, tido dan game. Hamboi.

Ni jadual exam kali ni..  Like before, paper aku la yang habis paling awal. Hmmp.. jadual pun yang paling rapat. 


Ok xpe.

budak CIVIL ENGINEERING memang begitu. tak gitu??



Ai Ni by Kimberly Chen


Ni sume gara2 aku nak carik lagu untuk video mandarin aku.
Love this very much :)




Angan-angan telur ayam

OMG.. saya amat sukakan telur. Masa kecik, mak suka masakkan telur untuk saya sebab tu saya bulat macam telur. Oke tipu. Telur tak bulat. Telur bujur.

Pernah satu hari, masa harga telur naik. Masa tu zaman 90-an. Kegawatan ekonomi pada zaman Mahathir. Mak bagi cadangan nak meniaga telur kat pasar malam sebab mak cakap, semua org makan telur. Ada yang guna untuk masak, makan, buat kuih dan macam-macam lagi. Sungguh kreatif otak mak saya. Mungkin juga pengaruh makan telur. Sebab telur ada khasiat protien. Protien baik untuk badan dan otak.

Mak kata, "kalau mak nak jual telur, mak nak iya yang jaga. Jual kat pasar malam kt taman ni". At the end, angan2 ni tak jadi kenyataan. Kalau tak, orang akan panggil saya Miera Telur..

Oh! Please dong ma..



Edisi Khas Bumper Hari Jadian di IKEA

Walaupun menetap di Selangor sedari kecil, tetapi tidak pernah menjejakkan kaki di Ikea. Sebab lumrah alam mengatakan, aku tak kaya. Dekat Ikea, semua barang nampak macam mahal dan simple, tapi hakikatnya ianya berbaloi sebab sangat cantik dan ada makanan yang sedap.. Orang sakai macam aku ni, beli perabot cuma dikedai-kedai biasa je, tilam pulak dekat apek yang lalu bawak lori yang selalu hon dan jerit 'Tilam..tilam..Tilam lama tukar baru' tu... Oke, tipu setimpal. 

Jadi, disuatu cuti sekolah  yang indah, disebabkan hari jadian aku masih ramai yang perlu berhutang belanja, maka kawan tersayang belanja makan perabot di Ikea. Akhirnya doaku setiap malam untuk dikurniakan teman yang membawa aku makan di sini dimakbulkan.

apa dia akak? teruja extra ni
.
.
.
.




Got to queue up for food

makcik pembeli makanan. Aku kena paksa teman beli sebab semua orang cakap aku tak pernah beli lagi. So, dia jadi cikgu ajar beli macam mana. Cehh.. 


Finally,

Famous Swedish Meatball IKEA
cantik luar, cantik dalam cantik sikit perangai tu



this is the love


and my love is loving the love.

Kalau perasan, muka Kila aku letak sama pulak dalam gambar ni sebab Kila takde gambar pegang garfu macam yang lain. Kila je yang tak heran nak bergambar dengan garfu. Yang lain.. tak yah cakap lah. 

eh.. ada rupanya

kembang luar dalam

Aktiviti lepas makan.. SHOPPING.!!



I buy 3 mugs for my aunt. mereka? dah namanya pun perempuan. ECECEH..



Sayang, bila kita nak kahwin dan hias rumah kita dengan perabot IKEA macam ni,

tak puas-puas berangan masa shopping. Penat melayan.

lepas shopping, aktiviti makan sambil berdiri. Memang sah perut godang.
Teruk perangai anak dara. Tak reti nak bezakan mustard dengan cheese. Ku sangkakan itu ialah cheese. Damn, sungguh tak sedap. Letak banyak-banyak pulak tu.


Tapi berdua kiri kanan ni berselera,

Ehe.. tq sayang-sayang ku sekalian with a food days out.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...