Qarin.. Apakah itu Qarin?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم






Penipuan wanita dan facebook


Banyak hal yang boleh anda lakukan di Facebook. Tidak hanya sebagai tempat bersosial, jejaring ini juga boleh dijadikan tempat untuk memantau dan mempengaruhi orang lain.

Menurut beberapa lelaki seperti yang dikutip dari foxnews.com, wanita boleh memanfaatkan Facebook, tidak hanya dalam hal positif, tapi juga hal negatif. Salah satunya jika terkait masalah hubungan dengan lawan jenis.
Berikut pendapat beberapa lelaki yang membicarakan hal mengejutkan yang boleh dilakukan wanita di Facebook.



Membuat Profil Palsu Untuk Mengintip Bekas Kekasih
Hal satu ini mungkin tampak sedikit ekstrem. Tapi, banyak wanita sengaja membuat profil palsu untuk boleh memantau bekas kekasih tanpa diketahui pasangannya. Daripada menelefon atau mengirimkan sms, sekadar menulis “Apa khabar?” di wall Facebook, cara ini memang lebih aman.



Memanipulasi Penampilan
Menurut lelaki, tidak sedikit wanita yang sering memasang foto di Facebook untuk menampilkan citra diri yang tidak sesuai realitinya. Dalam foto-foto mungkin ingin terlihat lebih seksi dan berani atau sebaliknya, dan berlawanan dengan kenyataan. Hati-hati, hal ini boleh menjadi boomerang buat wanita.


Menulis Status Berlebihan dan Provokatif
Status di Facebook boleh dibaca siapa saja dan banyak wanita yang mengggunakannya untuk tujuan provokasi atau pamer. Bagi lelaki, hal yang paling menyebalkan adalah “curahan hati”, soal kehidupan peribadi di status. Menurut lelaki, lebih baik berbicara langsung daripada mengumbarnya di Facebook, kerana kesannya seperti mengharap belas kasihan. Selain itu, pamer soal kelebihan atau tempat yang dikunjungi dan langsung diberitahu di status.


 Memasang Foto Yang Membuat Orang Lain Cemburu
Status sudah berhubungan dengan seseorang, tetapi dalam beberapa foto terlihat mesra dengan lelaki lain. Hal ini seperti ingin “membakar” rasa cemburu pasangan dengan cara keanak-anakan. Foto  itu juga menurut lelaki, sengaja untuk membuat orang lain mempertanyakan hubungannya, dan memberikan perhatian padanya.


 Status Hubungan Palsu
Beberapa wanita bujang banyak memasang status hubungan dengan “in a relationship”. Hal ini dilakukan untuk menghindari reaksi “kasihan” orang atas statusnya yang masih bujang. Hal ini menurut lelaki, sangat tidak masuk akal, kerana status tersebut menghambatnya mendapat pasangan.



haha... it's true. some of my girlfriend also do the same like this. Reasons for doing all this are a MAN.. lol.. Hahahaha



Sedar diri kak oi !



Mula-mula.. dapatkan restu sebelum bermulanya paper final exam. Hamik kau.. subjek CTU553.. Ethic Relation. Oh sejarah-sejarah cikit. dah boleh mula membaca 1 hari 1 topik kot sekarang. Semangat.. haip!!

 (teringat muka ustaz pulak T_T)

Oh, esoknye pulak subjek CES401..static and dynamic
Killer..2 subjek dlm 1 code. mampu? huhu
 ni pun dah boleh mula sekarang jugak. 

Selang sehari, MAT455... Calculus 3 math for engineer.
Ni pun, Killer jugak. boleh mula esok lusa.

Selang sehari lagi, CES421.. Structural Analysis
Ni pulak, mula entah bila pun tak tau.

Saya rasa kite perlu study untuk kehidupan selepas University. Jadi lebih baik kita belajar betul-betul sekarang dan gunakan apa yang kita dah belajar nanti. Kalau belajar hanya untuk exam, dan bila keluar dewan exam, ilmu pun keluar dari otak macam esok lusa kau dah tak nak pakai kan. Nanti bila nak kerja, nak gunakan ilmu tu balik, kene cari texkbook and notes balik? Taknak. Baik belajar betul-betul untuk kegunaan masa depan. Bukan semata-mata exams.

Oke miera, sekarang anda boleh tido. perlukan tenaga untuk study esok lusa. Eh entah bila semangat nak muncul ni?

SEDAR DIRI MIERA.. SEDAR DIRI SEKARANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

kenapa jadual exam macam kejam?
huhu..perlukan doa anda-anda semua. ^_^ 





kisah cinta.. eh?

Assalamualaikum :)

masa muda belia remaja, masa baru mula-mula nak belajar bercinta, mak ngan abah tak bagi. muda lagi kata mereka. perlu fokus pada pelajaran. Bila dah tua bangka (eh.. muda lagi sebenarnya) tgk adik-adik sekolah yang bercinta masa belajar lagi, mula rasa

" ish.. budak lagi. tak matang"
padahal dulu pun menggatal jugak. memang tak sedar diri.. T_T

baca gosip terbaru??
oh.. belum? ok.. saya cakap sikit la.. pagi td baca dalam surat khabar pasal budak bawah umur,
buat projek dalam relung air.
mmg gile.. yela.  muda tu.. isk3.. sekarang nk salahkan siapa? salah situasi dan persekitaran?? kan?

cinta itu buta ye? hihi

KPOP : Lovers vs haters



Assalamualaikum :)

Isu :
entry pasal seorang KPOP haters..
boleh baca dekat cini



Maklum balas pelanggan:
( eh, ayat macam xsesuai kan?)

KPOP LOVERS VIEW:





siyesly, komen yang ni buat I gelak je

haha.. ini namanya alim-alim kucing.. 
sepatutnya dia doa supaya Allah buka pintu hati dia sebab dia baru je kutuk saudara Islam dia ni kan.hahaha LOL


but, ada jugak yang natural n takde nk sokong mana-mana kan..

NATURAL VIEW


and last 1, yang sempat capture in random:

paling sokong yang last ni.haha.. KENAPA ORANG SENTAP BILA CAKAP PASAL ARTIS KESAYANGAN DIA? dunia akhir zaman. Umat mengagungkan artis. For me, nk minat boleh, tapi janganlah sampai kutuk2 org lain. Okela, dia xminat KPOP, sebab tu dia kutuk. Fikir balik dr sudut yg baik ye.. Yang dia kutuk tu orang kafir. Tapi yang korang kutuk tu orang Islam. Saudara sesama Islam kan.. Macam ni la minda manusia sekarang. Sebab kan artis, persaudaraan hilang. Korang back up mamat korea tu pun, bukan dia paham and tau pun.keh..keh..keh.. jahat saya ni kan.  Jom sokong Maher Zain. lalala~

Renung-renungkan :)


Jawatankuasa Perwakilan Sarjana Muda 2011/12

Assalamualaikum :)

Besar tajuk, maknanya besar tanggungjawab yang kena galas dibahu. Seperti mukadimah, tentang tanggungjawab. Pikul tanggungjawab tak semudah yang disangka. Ia ibarat memegang amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan. 

Oh ini entry yang dalam senarai kepam. dh lama sebenarnya nak letak. Bukan nak mencapap.. Its just one of the memory that I want to tell and share to the others. Pertama kali ditubuhkan. So, no election was made. Cuma interview and selection from pihak pengurusan UiTMPP. Okay la. because most of the MT and the Exco are a student who has hold a position as a Presiden and Vice President in club before this. So, imagine, they all have an experience that can be use in a new organization. Instead of me la kan. I memang takde pengalaman pun.. huhu. 



 Oh yeah! that's me.. yang muka macam senyum bajet bangus tu kan.. See, clear la muka I tak nampak any scar and pimples pun. ihik.. teruja pulak kan. 

So long, farewell






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...