Kad Raya

sedang berjalan-jalan di supermarket bersama rakan.... tiba2 nampak kad raya kat 1 sudut yang tersorok..

" eh ada kad raya la. dh lama tak dapat. cantik2 pulak tu"

"zaman sekarang kuno la kad raya. tag je kat fb"

"oh yeke.. fine.."

=.=




Watcha says??



Hye tengah hari yang panas,
Mula-mula rasa berat hati nak keluar dalam cuaca macam ni,
rasa macam melt je tahu tak..
pasang aircond kuat-kuat, harap korang paham la kuat-kuat tu macam mana
oh, ia merujuk kepada pasang aircond sejuk-sejuk sehingga mencapai
keadaan yang seperti dalam peti ais. ini kata saya lah..
disebabkan kesibukan yang dialami,
maka update blog pun seminggu sekali dan keluar buat hal pun
seminggu sekali. So, walaupun cuaca panas terpaksa juga
keluar menguruskan hal-hal peribadi.
nmpak seperti budak baik yang hanya buat hal seminggu sekali berbanding orang lain
yang buat hal setiap hari.

So Today!!
keluar buat hal lagi

sangat excited bila IC dah bertukar wajah
keanak-anakkan kepada wanita tembam yang matang
inilah buat hal yang kene uruskan pada hari ini
pergi ke Plaza Masalam Shah Alam dan buat muka kesian meminta agar diberikan parking
dalam cuaca yang panas,
proses menunggu kat kaunter untuk mengambil IC pun tak lama

sebenarnya IC tu dh siap 2 minggu lepas.
tapi baru ada kesempatan nak ambil.huhu

Alhamdulillah semua dah setel,
IC pun dah siap,
urusan kemasukan ke Universiti pun dah setel separuh,
tinggal urusan membeli belah bersama keluarga tercinta je yang belum
jadi, sekarang duduk rumah,
goyang kaki,
baring dan tidur,
sampai waktu berbuka..


Favourite quotes of the day :
Gratitude is the fairest blossom which springs from the soul. 
oh terasa comel la bila ada qoutes setiap hari macam ni
inspirasi..inspirasi

Jadilah Pengguna Bijak


Kenaikan harga barang yang mendadak telah memaksa rakyat Malaysia 
untuk menjadi seorang pengguna dan pembeli yang berhati-hati
berhati-hati bukan dengan erti kata kedekut
Tetapi dengan bermaksud

" Hei, beli barang tu, tgk pada harga dan kualiti.. Nanti terlebih belanja pula"

terutamanya apabila kedudukan barang dan harga di shelf tag tak sama

begitu lah yang saya maksudkan..
***
ehem..sekarang mari kita belajar cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak supaya anda tidak tertipu

1. Barcode
mula-mula, sewaktu memilih barang dan harga barang,  lihat pada barcode di belakang barang dan juga di shelf tag. begini caranya:


sila lihat pada nombor keempat terakhir
0128

selalunya, barcode pada barang akan sama dengan barcode pada shelf tag. So, pastikan nombor keempat terakhir barang yang awak-awak pilih sama dengan barcode di shelf tag. Apabila sama, boleh lah awak-awak semua jerit
"Yesss!! I did it"

2. Bertanya pada pembantu jualan
Bukan nak suruh awak-awak semua menggatal tetapi dalam hal ini, semua kene keluarkan peribahasa Malu bertanya sesat jalan didalam hati.
T__T

kadang kala, tak semua barang ada meletakkan tanda harga, yang di shelf pula, mungkin adalah harga lama, jadi untuk kepastian awak-awak semua, bertanya lah pada mereka..


3. Scan pada scanner machine
masa zaman batak-batak dulu, suka main scan barang pada binatang ni..
memang batak kan.. konon-konon nak tau harga,
tapi dah dewasa ni, mesin ni lah yang akan dicari apabila mencapai tahap 
kesulitan mengetahui harga.


pesanan penaja : gunakan ia dengan cara yang betul T_T. paham tak??

****

banyak perkara sebenarnya yang membuatkan kita sendiri tak perasan tentang harga barang yang kita beli
kadang kala, lepas bayar je barang,
resit akan di buang begitu saja..
sampaikan tak perasan tentang harga-harga yang mungkin tak sama apabila di scan
saya belajar ini daripada customer cina
*mostly, mereka akan mengamalkan cara ni*

selepas bayar, check semula harga-harga yang awak-awak telah bayar,
bersama jumlah wang dan baki yang anda terima
sebab cashier juga adalah manusia, 
mana tahu, mereka silap memberi baki wang atau terscan barang tu 2 kali
remark bende ni ok..
awak-awak adalah pengguna..

so long, farewell.........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...