Presiden Termiskin di dunia

by - Wednesday, May 04, 2011


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya:
"Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" 

Jawabnya: 
Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran .

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden
Beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai istana untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kursi kayu. Walaupun  nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan. 
3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.

4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.

5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.

6. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).

7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, baik secara strategik, ekonomi, politik, pertahanan dan pengeluaran minyak. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil gajinya, alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya,
beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan.
Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi.
Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.

12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.
14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.

Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman

   
Sumber : Kodet Guide

Saya saje nak share ini pada semua sebab merasakan bahawa nilai kepimpinan yang macam ni dah lama hilang dalam diri pemimpin2 kita sekarang

Malaysia pun ada seorang yang macam ini jugak
Tuan Guru Nik Aziz
Kagum dengan peribadi pemimpin mcm ni.. kan bagus kalau semua mencontohi nilai kepimpinan yang di tunjukkan oleh ulama kita kan..?

You May Also Like

14 comments

  1. betul tu. tabik pada pemimpin yang ada nilai kepimpinan kat atas ni :)

    ReplyDelete
  2. style! penjimatan berkali ganda! huhu..hope Malaysia pon akan mencontohi kredibiliti pemimpin macam ni.,

    ReplyDelete
  3. walaupun dia miskin tp dia kaya dgn budibahasa dan nilai2 murni.. suppose, PM kita mencontohi beliau :)

    ReplyDelete
  4. gua memang salute dia dari dulu lagi...pemimpim yang patut dicontohi

    ReplyDelete
  5. hehe..pemimpin camni la yg kiter mahu

    ReplyDelete
  6. emmm...emmm...
    Alhamdulillah...ada lagi pemimpin macam nie...
    InsyaAllah....
    akan ada lagi pemimpin macam nie..amin..........

    tapi...kenapa kebanyakan pemimpin sekrng nie semua nya cintakan harta lebih dari tanggungjwbnya???

    ReplyDelete
  7. presiden or perdana menteri or menteri adlh hamba rkyat...

    kerjaan ialah rakyat, rakyat ialah kerjaan...

    ReplyDelete
  8. tu laa..susah dah nak cari pemimpin low profile,tapi ilmu tinggi..yang ade high rofile,tapi macam dungu je buat keje

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..sgt kagum dengan pemimpian yg mcm ni~

    ReplyDelete
  10. semoga pemimpin mcm ni akn ramai lg di dunia ni.amiiinn

    ReplyDelete