Kebaikan Minum Air Putih

by - Monday, May 23, 2011

Cuaca tak menentu. Belakangan ini cuaca panas saje
sehingga terkesan pada anak tekak
Jadi bukan nak promote beli Strepsils supaya boleh menyanyi hindustan
Cuma nak cakap tentang air putih atau air suam yang di katakan mampu
memberi banyak kesan dalam kesihatan terutama dalam cuaca 
yang panas seperti di gunung sahara padahal cuma di Malaysia je

Sedar akan kepentingan ini, maka timbul pula idea untuk menulis tentang air putih
walaupun rasanya sungguh dull, sungguh plain
Namun, siapa sangka rasa yang bosan ini punya banyak kelebihan 
Ya, kadang2 rasa seperti minum cuka mungkin lebih sedap sebab masam2
huhu..melebih-lebih sangat kau ni



Mari kita tinjau dulu 

Kesan Kekurangan Minum Air Putih

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Jadi, siapa ingin bertanggungjawab andai tiba2 anda meracau atau pengsan?
"Sebab kurang minum air putih la ni"
Oke, nampak macam salah air putih lak kan

Kebaikan Air Putih


1. Menguruskan badan. Haha.. i like this part.. thats why it's located at no.1...ecewah? macam tak tau pulak kan.. Air putih mana ada gula dan kandunga kalori yang berlebihan. Jadi siapa kata ia menggemukkan.. Siapa kata.?

2. Meningkatkan kesuburan. Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Oh, tak tau pulak pasal hal ini.. Jadi, kepada mereka2 yang mengalami masalah kesuburan boleh lah mencuba menu sihat ini. Jimat jugak duit daripada jumpa bomoh dan dukun2 hospital. Siapa tau ia bisa membuahkan hasil yang lumayan. Rezeki Tuhan..

3. Melancarkan sistem pencernaan. Hal ini, tak payah lah nak membeli sebarang bentuk julap. Ya, minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan. Rejuvenate skin from within katanya. Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Jadi muka lembab sebab banyak minum air putih. Muka kering sebab memang dah kering. Mana 1 pilihan anda.? mengarut dh ni...

6. Tubuh lebih segar dan sihat.  Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Jangan tiba2 anda tak sedarkan diri dengan menyangka yang anda ialah seekor unta mempunyai tempat simpanan air di bonggol.

7. Menyihatkan jantung. Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok. Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Apalagi yang difikirkan?
Lepas ni kalau nak pegi makan kat restoran atau mana2 cafe
order je air putih.. Selamat katanya.. Oh tidak..!
bawalah air putih ke mana2 supaya anda tidak merasa kempunan melihat
orang lain meneguk air sewaktu sedang berkelah2 dan berjalan2 dalam cuaca panas.

You May Also Like

18 comments