Young Entrepreneur's Day


Assalamualaikum awak... Hai.

Jumaat lepas, UiTM Pulau Pinang telah mengadakan Young Entrepreneur's Day untuk semua pelajar. Bagi fakulti Civil Engineering, semua pelajar semester 6 diwajibkan untuk menyertai aktiviti yang sihat ini bg menjana markah untuk subjek ETR300. Wajib ye.. Tapi bukan Civil je.. Ada jugak student dari course lain, cuma dorang tak wajib macam kami. huhu... sebab kami akan dikira markah untuk Final Exam sekali. Urghhh ni namanya terpaksa dalam rela untuk berniaga..huhuhu

Ok, group kami menjual handmade tote bag..

Hahaha, kami tak jual pun. Semua yang ada hanyalah untuk display and untuk presentation je. Takde pun untuk di jual. Hahaha.. pinjam beg org yg cantik-cantik.. lepas tu display. Teruk betul. Sebab tak suka la buat biz. hahaha. Errr gambar kami kat dewan takde sebab kami balik awal.. hehe

Jom layan gambar company student Civil :-
Otaku Entreprise


Dorang ni buat bisnes macam bukak kedai yang orang boleh sewa buku-buku komik. Tapi dalam kedai tu ada kafe yang menjual shushi and macam2 makanan especially makanan Jepun. Mostly, bisnes dorg ni dapat ilham dari Jepun kot. Tapi I suka.. sebab, macam kat Jepun, ada kedai buku, boleh baca free, boleh beli, boleh sewa.. Tapi, ada cafe. Nice.. !!

Harmpest Entreprise

Cute kan nama company dorang. Hampeh. Eh tak, Harmpest.. hehehe. Company ni mmg cute sebab dorang punya bisnes ada service untuk menghalau serangga kat rumah kot. Siap bawak segala binatang lagi, mcm lembu, kambing, ayam and itik. Teettt tu tipu je. Padahal dorg bawak hamster, lipas and KATAK.. owh i hate frog so much. Geli...

Semerah Inai Ent.

Yang ni kalau sape2 yang agak2 nak kahwin leh la korg dapatkan service kt dorg ni. Sebab dorg buat service pasal pengantin. Siap ada pelamin and barang2 hantaran lagi. Macam mana la dorg leh dapat idea pasal kahwin ni. Creative.

Dalisz Ent.

Haha..suka group ni sebab kalau dorg betul2 la buat bisnes ni, saya akan sokong bisnes dorang 100% sebab group dorang ni buat perkhidmatan DOBI..So, memandangkan I memang jenis yang malas nak basuh baju..teet.. boleh la hantar. hehe

Yang Momor Ent.

Bisnes dorg best.. sebab dorang jual bergedil bermacam2 perasa. Ada perasa ayam, cheese, daging and spicy. Sedap.. dan saya paling suka mintak makanan dorang sebab saya kan org jawa.. Wait, bergedil dari Jawa kan?huhu. laku tu..siap ada yang beli. Even lecturer pun datang beli tau

Wonder's Puff Ent.
Call them makcik karipap sebab karipap yang dorg jual besar2 and sedap. Dah la siap potong2 kan karipap tu lagi untuk org rasa.. Sedapnye makcik...!! Saya suka..!

Last but not least, bisnes ni yang saya rasa paling laku masa hari tu. 
Jual ice cream cup. Dalam tu ada letak potongan roti yang dipotong kecik2 pastu ada chocolate rice and letak coklat cair atas nye. Mmg sedap kan. Siap bawak lori masuk dewan lagi. Owh, ni jela bisnes dak hotel yang saya sempat tangkap sebab masa tu tergopoh nak lunch.


Kesian kat budak kelas saya sendiri yang tak sempat nak amik gambar sebab masa tengah merayau nak amik gambar tu, kebanyakan nya tengah present pasal bisnes masing2 dekat panel. Ada yang buat bisnes jual perabot, bisnes sewa kereta, tapai and macam2 la. And masa ni, saya nampak bisnes jual makanan yang paling laku.

Tak pasti la macam mana dah habis belajar nanti. InsyaAllah, akan buat bisnes juga. Well, masa ni terfikir.. bagus sebenarnya sistem belajar UiTM.. Setiap course wajib belajar Entrepreneur.. Wajib ye.!! Belajar macam mana nak buat paperwork untuk pinjam modal kat bank, present kepada pembekal dan pemodal, macam mana nak bukak franchise (eh tak..hehehe.. berangan dah bukak Mekdi pulak)..dan macam mana nak handle kos dalam perniagaan (serba serbi la)..

Bila difikir balik.. mana ada bisnes yang takde modal dan tak buat jual beli sama ada jual beli product atau jual beli servis.kan??? 

Tahniah UiTM.. ! 


11 comments:

  1. teringat zaman blaja dulu... kiteorang organized event.. Pizza Fair.. laku gile... revenue je cecah rm3000 tau.. bagus la program2 macam ni... rase macam nak kembali ke zaman belajar dulu... nak blaja la.. sambung blaja kat penang.. bleh lepak2 ngn cik miera... hehehe

    ReplyDelete
  2. awat tak jual otak2, hehe kompem meletop:P

    ReplyDelete
  3. alorw....gambo aku tade dlm nie..huuu

    ReplyDelete
  4. SM : haha..cepat la apply jd lecturer kat cni

    ReplyDelete
  5. naz : xde supplier la...susah nak carik

    ReplyDelete
  6. miecyber : best2...got experiences

    ReplyDelete
  7. hanie : sebab masa tu ko ngah berjalan2.haha

    ReplyDelete
  8. wah sudah menjadi entrepreneur pulak...bgs2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...