Qarin.. Apakah itu Qarin?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم






Penipuan wanita dan facebook


Banyak hal yang boleh anda lakukan di Facebook. Tidak hanya sebagai tempat bersosial, jejaring ini juga boleh dijadikan tempat untuk memantau dan mempengaruhi orang lain.

Menurut beberapa lelaki seperti yang dikutip dari foxnews.com, wanita boleh memanfaatkan Facebook, tidak hanya dalam hal positif, tapi juga hal negatif. Salah satunya jika terkait masalah hubungan dengan lawan jenis.
Berikut pendapat beberapa lelaki yang membicarakan hal mengejutkan yang boleh dilakukan wanita di Facebook.



Membuat Profil Palsu Untuk Mengintip Bekas Kekasih
Hal satu ini mungkin tampak sedikit ekstrem. Tapi, banyak wanita sengaja membuat profil palsu untuk boleh memantau bekas kekasih tanpa diketahui pasangannya. Daripada menelefon atau mengirimkan sms, sekadar menulis “Apa khabar?” di wall Facebook, cara ini memang lebih aman.



Memanipulasi Penampilan
Menurut lelaki, tidak sedikit wanita yang sering memasang foto di Facebook untuk menampilkan citra diri yang tidak sesuai realitinya. Dalam foto-foto mungkin ingin terlihat lebih seksi dan berani atau sebaliknya, dan berlawanan dengan kenyataan. Hati-hati, hal ini boleh menjadi boomerang buat wanita.


Menulis Status Berlebihan dan Provokatif
Status di Facebook boleh dibaca siapa saja dan banyak wanita yang mengggunakannya untuk tujuan provokasi atau pamer. Bagi lelaki, hal yang paling menyebalkan adalah “curahan hati”, soal kehidupan peribadi di status. Menurut lelaki, lebih baik berbicara langsung daripada mengumbarnya di Facebook, kerana kesannya seperti mengharap belas kasihan. Selain itu, pamer soal kelebihan atau tempat yang dikunjungi dan langsung diberitahu di status.


 Memasang Foto Yang Membuat Orang Lain Cemburu
Status sudah berhubungan dengan seseorang, tetapi dalam beberapa foto terlihat mesra dengan lelaki lain. Hal ini seperti ingin “membakar” rasa cemburu pasangan dengan cara keanak-anakan. Foto  itu juga menurut lelaki, sengaja untuk membuat orang lain mempertanyakan hubungannya, dan memberikan perhatian padanya.


 Status Hubungan Palsu
Beberapa wanita bujang banyak memasang status hubungan dengan “in a relationship”. Hal ini dilakukan untuk menghindari reaksi “kasihan” orang atas statusnya yang masih bujang. Hal ini menurut lelaki, sangat tidak masuk akal, kerana status tersebut menghambatnya mendapat pasangan.



haha... it's true. some of my girlfriend also do the same like this. Reasons for doing all this are a MAN.. lol.. Hahahaha



Sedar diri kak oi !



Mula-mula.. dapatkan restu sebelum bermulanya paper final exam. Hamik kau.. subjek CTU553.. Ethic Relation. Oh sejarah-sejarah cikit. dah boleh mula membaca 1 hari 1 topik kot sekarang. Semangat.. haip!!

 (teringat muka ustaz pulak T_T)

Oh, esoknye pulak subjek CES401..static and dynamic
Killer..2 subjek dlm 1 code. mampu? huhu
 ni pun dah boleh mula sekarang jugak. 

Selang sehari, MAT455... Calculus 3 math for engineer.
Ni pun, Killer jugak. boleh mula esok lusa.

Selang sehari lagi, CES421.. Structural Analysis
Ni pulak, mula entah bila pun tak tau.

Saya rasa kite perlu study untuk kehidupan selepas University. Jadi lebih baik kita belajar betul-betul sekarang dan gunakan apa yang kita dah belajar nanti. Kalau belajar hanya untuk exam, dan bila keluar dewan exam, ilmu pun keluar dari otak macam esok lusa kau dah tak nak pakai kan. Nanti bila nak kerja, nak gunakan ilmu tu balik, kene cari texkbook and notes balik? Taknak. Baik belajar betul-betul untuk kegunaan masa depan. Bukan semata-mata exams.

Oke miera, sekarang anda boleh tido. perlukan tenaga untuk study esok lusa. Eh entah bila semangat nak muncul ni?

SEDAR DIRI MIERA.. SEDAR DIRI SEKARANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

kenapa jadual exam macam kejam?
huhu..perlukan doa anda-anda semua. ^_^ 





kisah cinta.. eh?

Assalamualaikum :)

masa muda belia remaja, masa baru mula-mula nak belajar bercinta, mak ngan abah tak bagi. muda lagi kata mereka. perlu fokus pada pelajaran. Bila dah tua bangka (eh.. muda lagi sebenarnya) tgk adik-adik sekolah yang bercinta masa belajar lagi, mula rasa

" ish.. budak lagi. tak matang"
padahal dulu pun menggatal jugak. memang tak sedar diri.. T_T

baca gosip terbaru??
oh.. belum? ok.. saya cakap sikit la.. pagi td baca dalam surat khabar pasal budak bawah umur,
buat projek dalam relung air.
mmg gile.. yela.  muda tu.. isk3.. sekarang nk salahkan siapa? salah situasi dan persekitaran?? kan?

cinta itu buta ye? hihi

KPOP : Lovers vs haters



Assalamualaikum :)

Isu :
entry pasal seorang KPOP haters..
boleh baca dekat cini



Maklum balas pelanggan:
( eh, ayat macam xsesuai kan?)

KPOP LOVERS VIEW:





siyesly, komen yang ni buat I gelak je

haha.. ini namanya alim-alim kucing.. 
sepatutnya dia doa supaya Allah buka pintu hati dia sebab dia baru je kutuk saudara Islam dia ni kan.hahaha LOL


but, ada jugak yang natural n takde nk sokong mana-mana kan..

NATURAL VIEW


and last 1, yang sempat capture in random:

paling sokong yang last ni.haha.. KENAPA ORANG SENTAP BILA CAKAP PASAL ARTIS KESAYANGAN DIA? dunia akhir zaman. Umat mengagungkan artis. For me, nk minat boleh, tapi janganlah sampai kutuk2 org lain. Okela, dia xminat KPOP, sebab tu dia kutuk. Fikir balik dr sudut yg baik ye.. Yang dia kutuk tu orang kafir. Tapi yang korang kutuk tu orang Islam. Saudara sesama Islam kan.. Macam ni la minda manusia sekarang. Sebab kan artis, persaudaraan hilang. Korang back up mamat korea tu pun, bukan dia paham and tau pun.keh..keh..keh.. jahat saya ni kan.  Jom sokong Maher Zain. lalala~

Renung-renungkan :)


Jawatankuasa Perwakilan Sarjana Muda 2011/12

Assalamualaikum :)

Besar tajuk, maknanya besar tanggungjawab yang kena galas dibahu. Seperti mukadimah, tentang tanggungjawab. Pikul tanggungjawab tak semudah yang disangka. Ia ibarat memegang amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan. 

Oh ini entry yang dalam senarai kepam. dh lama sebenarnya nak letak. Bukan nak mencapap.. Its just one of the memory that I want to tell and share to the others. Pertama kali ditubuhkan. So, no election was made. Cuma interview and selection from pihak pengurusan UiTMPP. Okay la. because most of the MT and the Exco are a student who has hold a position as a Presiden and Vice President in club before this. So, imagine, they all have an experience that can be use in a new organization. Instead of me la kan. I memang takde pengalaman pun.. huhu. 



 Oh yeah! that's me.. yang muka macam senyum bajet bangus tu kan.. See, clear la muka I tak nampak any scar and pimples pun. ihik.. teruja pulak kan. 

So long, farewell






Bila manusia mula bersembang dengan komputer..


Semua cite lama.. mana nak carik cerita baru.. isk..isk..
sekarang dunia dah maju.. dah moden. kalau rasa2 bosan tak nak cakap dengan manusia, apa kata menyorok dalam kelambu (eh lama tak pakai kelambu, rindu pulak) atau dalam selimut dan cuba merasa giler sekejap. 



isk..isk.. memang merepek2 dan kuat mencarut rupanye robot ni.. tapi kadang2 gatal jugak..siap bersayang-sayang dengan i.. kadang2 speaking klntan lagi. 

dalam bosan2 ni.. I ada list.. tapi memang slalu I banyak list pun kan.huh.
Today, I nak share the list of my Must Watch Once before Die. Eh silap.. list movie yang wajib tgk bila bosan selain dari layan cleverbot.

Tadaaa...




see ada cerita epik la.. Eh I suka cerita pasal sejarah and epik2 ni tau. Sebab I suka sejarah. Suka sangat. I penah jadi best student subjek sejarah tau.. 

Pesanan khidmat masyarakat dari Cik Miera : Adik2..belajar sejarah sangat seronok.
Semua cerita lama. dah tu, ni je yang I minat buka masa sebelum study. Amik mood dulu :)


Youth Defined : Shape Our Future

Assalammualaikum :)

So, sekarang ada program baru. Program yang macam kau boleh berkumpul dan suarakan ape yang kau rasa nak kerajaan buat untuk negara. Itupun kalau kau adalah remaja. Kalau bukan, lupakan!

This program is like a gathering among youth in Malaysia. Sebab agendanye ialah shape the future and help young Malaysians realize their capacity to do good and contribute to the development.

So, gathering kali ni dibuat di USM Pulau Pinang dan ia disertai oleh pelajar2 IPTA macam UiTMPP, UiTM Seri Iskandar, USM, Politeknik Seberang Prai, IPG Pinang, Politeknik Kulim(already forgot what its name sebab banyak makan semut) and bla..bla..bla.. ramai kot. susah nk ingat.kan dah kata banyak makan semut. LOL 

This program is organized by MyHarapan, a Youth Trust Foundation dedicated to supporting youth and youth ventures that contribute to the social economy of Malaysia by providing platforms and opportunities.



Nampak tak banyak yang cakap pasal YOUth tu kan. So ape lagi, kalau uoll rasa uoll ni remaja, dan nak suarakan sesuatu pasal negara kita ni, nak kan sesuatu untuk future *i mean, ada imaginasi nak kan Malaysia ni jadi macam ni or macam itu* uoll boleh sertai program ni. Depa mmg ada buat road show supaya senang untuk depa jumpa hangpa semua.!

nak tengok gambar comel tak?



ini yang paling comel

haha.. lawak nye tgk muka sendiri masa ni. mata tu!! mata  tu!! huhu

thanks too persembahan dari USM.. pandai awak2 menari kan. 

this one lak masa aktiviti group discussion untuk present ape yang kami rasa kerajaan patut tingkatkan dalam transportation in Malaysia. Banyak lagi sebenarnye, tp group kami (campur budak2 dari IPT lain jugak) pilih transportation. Idea mestilah konon2 macam yang org Jepun dan Korea  dah buat kan.. sebab otak banyak dipengaruhi oleh drama dan movie Jepun/Korea. =.=

akhir kata,

The fate of our country lies in the very able hands of our youths, therefore it is essential that we inspire this section of society to look beyond their perceived limitations and be well-rounded individuals. Whatever the outcome, this bodes well for the future of our nation’s youth. And in a way, this bodes well for the future of Malaysia. (ni adalah kata mereka)


check this out :

hell yeah!!!

notakakikudis : suka pulak dengar 1 imaginasi untuk future : 'nak auto travel, bila tekan je suis kat remote and bayangkan kita nak ke mana, tup2 terus je sampai'. ataupun, ada portkey mana2 kan, then bila sentuh je, terus pegi kr tempat tu.. or leh apparate. ecewah.. dah macam harry potter lak.. ok bye.




List Name in My Diploma Convocation


Alhamdulillah :)

My name is on the list
Nur Amira binti Hassan 

wish to get sunflower bouquet on my big day :)
susah payah I google gambar ni tau.. T_T

oh ye.. bintang2 tu maksudnye macam ini:
1 stars * : CGPA more than 3.00
2 stars ** : CGPA in dean list 
3 stars *** : ANC award

notakakikudis : congrats too my good friends, Nur Aqilah Huda and Amalina Ishak for ur stars and ur ANC award :)

Semester ini



Assalammualaikum :)
minggu ni, kami dah stat belajar setelah 4 bulan cuti honeymoon bersama suami tersayang di rumah (macam lah ada suami kan). Masa honeymoon sementara tunggu nak sambung belajar, rasa gembira tak terhingga. paham tak perasaan ni? huhu.. abaikan.

Jadi, dari masa ke semasa, maka bermula lah pengajian di sini. Rasa macam belajar pun agak tepu je otak. Bayangkan cuti 4 bulan diselimuti dengan pelbagai mimpi indah tiba2 kene duduk dalam kelas, memahami apa yang di ajar.. Semoga anak gedik ni sedar la ye. doakan.

Oh ye, thanks untuk kawan2 sayang yang memberi pinjam lantai bilik dan bumbung untuk menumpang tidur apabila sedang menunggu proses rayuan masuk ke kolej kediaman. Alhamdulillah now dah dapat tempat tinggal sendiri. Nak kemban2 dalam bilik pun xpayah nak malu2 dah. ihik..

Bila mula masuk belajar disekeliling pelajar diploma yang sedang menghadapi final exam dan nk stat cuti sem, perasaan semangat nak study hilang macam tu je. sebab mula perasan yang diri ni pun nak cuti lagi. gedik betul. padahal baru je stat belajar minggu ni dah nak balik umah. tido puas2..

Ini subjek yang saya belajar untuk sem ni. Ada subjek baru untuk kiteww tau. teruja ke.

Structural Analysis
Computer Programming
Further Calculus for Engineer
Construction Engineering
Report Writing
Ethic Relation
Geotechnical Laboratory
Fluid and Hydraulic Laboratory
Structural Engineering Laboratory
Static and Dynamic

 jumpa kawan baru dan dia kata muka saya matured la. ish.! mana ada. kiteww ni kan muka keanak-anakkan. gedik !

Pesanan Seorang Rakan Karib

Assalammualaikum :)
Hye all.. so, today dah mula pendaftaran pelajar degree. Luckily, sambung terus part 4.. kira macam transfer kredit la kan sebab before this saya amik diploma pun kat UiTM. so, maknanya sambung cuma lagi 2tahun setengah. Jimat masa bukan. ekeke. :)
 
Masa pendaftaran ni tiba-tiba teringat pada kawan baik saya. Selama ni sentiasa bersama .Sedih bila dapat mesej dr dia pagi. gambar mereka berdua. derrr.. korang mmg jahat kan nk buat aku sedih.. haha.. syg korang.

 oh ye, pernah tak saya cerita pasal mereka.? Rasanya tak kan. mereka ni la perempuan2 yang suka sangat nyanyi lagu Rossa- Hati yang kau sakiti bila mereka kecewa dengan cinta. Dambaan pilu katanya. huh..
Kami sgt berlainan. Tapi kami serasi. Mereka perempuan yang tidak tinggi dan tidak hot tapi saya sebaliknya. Mereka pandai setiap sem dekan. Tapi saya pandai juga cuma takla setiap sem dekan. Mereka sgt rajin pergi kelas tapi saya malas. malah selalu lambat ke kelas. Haish.. makanya kematangan mereka lebih dalam hal ini kan :)



ni kila ngan amal.. dorang best tau. suka belanja makan. kalau datang bilik kila, seronok dapat makan. stok makanan dia banyak. Amal pulak suka buat bising. Dia ni brutal. Suka buat hal dengan saya tapi kadang2 penakut jugak. hikhik.. Kami serasi dalam bab makan. sebab kami suka makan. =P

sayang betul saya pada mereka. Masa nak balik penang tak dapat jumpa mereka.
semalam, kila msj..


pasni kalau xfaham nak mintak tolong sape. nak tiru jawapan kat sape. nak mintak makanan malam2 kat sape. nak mengadu domba kat sape.. :(


Sekilas Hupdate Sebelum Sambung Belajar ke UiTM Pulau Pinang



Assalammualaikum..! :)

poke me.. poke me.. nah, gedik sudah. tajuk tu katanya sekilas je kan. 
maka tak perlu la nk bercerita panjang. sekilas je katanya
ni, muka baru


tembam bukan??lemak ketara di bawah dagu.

pergi Penang pagi ni jam 9:30.bertolak naik bas..
naik bas ok!
bukan naik kereta seperti yang parents orang anta untuk budak yang baru masuk.huhu
survive cikit la..mak kata sebab dr diploma dh duduk situ. T_T

barang-barang yang perlu dibawa cuma ini sahaja.

Si busuk Siti Jong bin Nik tu masih difikirkan nak bawak atau tak
hadiah seorang teman tu..sayangnye..

sampai sana baru beli barang di sana,
dan cuba apply kolej kediaman..
hope dapat la. kalau tak, terpaksa la cari rumah sewa..hmm

azam kali ni
kalau boleh nak cuba dapatkan CGPA degree 3.5 ke atas sebab dah mula rasa menyesal pada pointer CGPA diploma dulu. walaupun 3.0++, tp tak rasa bangga sgt lak

 haha, kan dah kata sekilas update je
sekian terima kasih :)

nak tau pasal pendaftaran dan tgk gambar uitmpp?
click link ini,
Pesanan Dari Akak Senior UiTMPP

Sambung belajar di Luar Negeri


In case u don't know, I'm going to futher my study at German. Oke, ini tipu setimpal. padahal cuma sambung di sini je. Tak sabar nak tunggu perjuangan ini bermula dan merasai environment baru. Kawan2 ramai dapat di UiTM Shah Alam je. Again, saya tercampak jauh di perantauan. Emangnya, saya ini bakal kahwin dengan orang Penang (barangkali). Beruntunglah dapat sambung di negara sendiri. Makan minum senang. Ish..ish..ish.. kalau pikir pasal makan memang semua akan terasa mudah macam petik jari je.

Sekarang cuma ada masa selama beberapa hari je. Semua nye perlu diselesaikan secepat mungkin.  
Bayar yuran. Ini fokus utama sebab takut nanti duit habis ke tempat lain.  
Medical check up. Ini fokus yang kalau boleh nak letak yang terakhir. 
Malas nye nak buat. hmm.. perkara yang paling merisaukan ialah tempat tinggal. Macam mana la ni kan. ada yang kata kolej kediaman tak disediakan untuk budak2 Degree. bias kan.. derrr, dah takde masa pulak nk carik umah sewa. maknanya kene la tumpang tido di bilik2 junior yang masih ada di sana.
Beruntunglah kepada diri sendiri kerana masih mempunyai kenalan di sana. hish comelnye saya cakap begini. T_T


pemohonan pinjaman akan cuba diselesaikan dengan sebaik dan sehematnye. Nuffnang, sila perbanyakkan usaha anda membantu saya dengan menambah BE sebanyak2 nye.. biar org semua dengki. hahaha..



oh bakal merindui mereka2 ini.





 boyfriend kesayangan mungkin akan ditingalkan. dah busuk sgt dah. malas nak basuh la katakan. Oh ye, ingat lagi pada si busuk ni? Siti Jong namanya. (ini tak penting sebenarnya kan)


Kad Raya

sedang berjalan-jalan di supermarket bersama rakan.... tiba2 nampak kad raya kat 1 sudut yang tersorok..

" eh ada kad raya la. dh lama tak dapat. cantik2 pulak tu"

"zaman sekarang kuno la kad raya. tag je kat fb"

"oh yeke.. fine.."

=.=




Watcha says??



Hye tengah hari yang panas,
Mula-mula rasa berat hati nak keluar dalam cuaca macam ni,
rasa macam melt je tahu tak..
pasang aircond kuat-kuat, harap korang paham la kuat-kuat tu macam mana
oh, ia merujuk kepada pasang aircond sejuk-sejuk sehingga mencapai
keadaan yang seperti dalam peti ais. ini kata saya lah..
disebabkan kesibukan yang dialami,
maka update blog pun seminggu sekali dan keluar buat hal pun
seminggu sekali. So, walaupun cuaca panas terpaksa juga
keluar menguruskan hal-hal peribadi.
nmpak seperti budak baik yang hanya buat hal seminggu sekali berbanding orang lain
yang buat hal setiap hari.

So Today!!
keluar buat hal lagi

sangat excited bila IC dah bertukar wajah
keanak-anakkan kepada wanita tembam yang matang
inilah buat hal yang kene uruskan pada hari ini
pergi ke Plaza Masalam Shah Alam dan buat muka kesian meminta agar diberikan parking
dalam cuaca yang panas,
proses menunggu kat kaunter untuk mengambil IC pun tak lama

sebenarnya IC tu dh siap 2 minggu lepas.
tapi baru ada kesempatan nak ambil.huhu

Alhamdulillah semua dah setel,
IC pun dah siap,
urusan kemasukan ke Universiti pun dah setel separuh,
tinggal urusan membeli belah bersama keluarga tercinta je yang belum
jadi, sekarang duduk rumah,
goyang kaki,
baring dan tidur,
sampai waktu berbuka..


Favourite quotes of the day :
Gratitude is the fairest blossom which springs from the soul. 
oh terasa comel la bila ada qoutes setiap hari macam ni
inspirasi..inspirasi

Jadilah Pengguna Bijak


Kenaikan harga barang yang mendadak telah memaksa rakyat Malaysia 
untuk menjadi seorang pengguna dan pembeli yang berhati-hati
berhati-hati bukan dengan erti kata kedekut
Tetapi dengan bermaksud

" Hei, beli barang tu, tgk pada harga dan kualiti.. Nanti terlebih belanja pula"

terutamanya apabila kedudukan barang dan harga di shelf tag tak sama

begitu lah yang saya maksudkan..
***
ehem..sekarang mari kita belajar cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak supaya anda tidak tertipu

1. Barcode
mula-mula, sewaktu memilih barang dan harga barang,  lihat pada barcode di belakang barang dan juga di shelf tag. begini caranya:


sila lihat pada nombor keempat terakhir
0128

selalunya, barcode pada barang akan sama dengan barcode pada shelf tag. So, pastikan nombor keempat terakhir barang yang awak-awak pilih sama dengan barcode di shelf tag. Apabila sama, boleh lah awak-awak semua jerit
"Yesss!! I did it"

2. Bertanya pada pembantu jualan
Bukan nak suruh awak-awak semua menggatal tetapi dalam hal ini, semua kene keluarkan peribahasa Malu bertanya sesat jalan didalam hati.
T__T

kadang kala, tak semua barang ada meletakkan tanda harga, yang di shelf pula, mungkin adalah harga lama, jadi untuk kepastian awak-awak semua, bertanya lah pada mereka..


3. Scan pada scanner machine
masa zaman batak-batak dulu, suka main scan barang pada binatang ni..
memang batak kan.. konon-konon nak tau harga,
tapi dah dewasa ni, mesin ni lah yang akan dicari apabila mencapai tahap 
kesulitan mengetahui harga.


pesanan penaja : gunakan ia dengan cara yang betul T_T. paham tak??

****

banyak perkara sebenarnya yang membuatkan kita sendiri tak perasan tentang harga barang yang kita beli
kadang kala, lepas bayar je barang,
resit akan di buang begitu saja..
sampaikan tak perasan tentang harga-harga yang mungkin tak sama apabila di scan
saya belajar ini daripada customer cina
*mostly, mereka akan mengamalkan cara ni*

selepas bayar, check semula harga-harga yang awak-awak telah bayar,
bersama jumlah wang dan baki yang anda terima
sebab cashier juga adalah manusia, 
mana tahu, mereka silap memberi baki wang atau terscan barang tu 2 kali
remark bende ni ok..
awak-awak adalah pengguna..

so long, farewell.........


Perpisahan SUKSIS 08



Assalammualaikum and hye everyone..
after a week of absence,
now I'm back..
Hello my lovely blog..muahmuah.. 

Alhamdulillah, majlis pentauliahan dah tamat
wajah pun tak ketara gelap,
hei, banyak mende sebenarnya nak story ni..
ekeke.. semua macam dalam slot "Mari bersama Miera Hassan"
Oh, 1 cerita hangat yang saya baca dalam blog2 lain,

Blog 'Mari Bina Blog' has been removed by Google..?

siyesly, ini mmg menakutkan apabila blog diremoved..
macam mana jari nak membebel? ok.. takut..takut

mana td?
oh pasal majlis pentauliahan pegawai Suksis =.=


Yea..dah naik pangkat
Selama 3 tahun menyertai Suksis, 
finally, dapat jugak pentauliahan dr IGP (Inspektor General Police)
Tan Sri Ismail Omar
ekeke.. tiba2 rasa rindu nak sertai Suksis balik
mmg seronok kau..
tapi penghujungnya dah tiba,
dah dinaikkan pangkat ke Inspektor Sukarelawan Polis
ape pun, menggembirakan hati

Tau x, saya bencikan perpisahan..
yela, semua orang pun kan.. hihi cakap bajet lak kan
3 Tahun kami bersama, tinggal bersama,
banyak kenangan sama2..
namun penghujung dah tiba.
redha jela. kami terpaksa berpisah.
i'm gonna miss uoll.. penat nangis tau.. syg korg ketat2

Please know that you came at the best of times, 
when I was the least stable, 
when I was just gathering my strength to overcome the stresses of life,
when I was trying to get my real smile back.
However, please know that whatever goes around, comes around. 
So, Id like to apologize for my wrongdoing,
for the things I did that made you clearly mad and upset.










MISS UOLLS..


Tough month

Hey.. lama tak mengarut
apa khabar makcik pakcik..?

rindu.. rindu.. lama tak hupdate
tapi semua tak rindu saya.. oke, jom gelakkan perempuan ni
harharhar.. stop.!
jangan nak melebih-lebih

baru awal bulan
tapi dah tau perjalanan bulan ni yang agak bizi pada awl bulan
currently, I'm at UTM Skudai
Hye orang Skudai :)

******

Sebenarnya nak cerita,
bulan kuat atau bulan tegap atau bulan keras *mengarut*
disebabkan sedang menjalani latihan kawad untuk
Majlis Tamat Latihan Pegawai SUKSIS Malaysia
2 minggu latihan kat sini oke..
hasilnya

1. Hitam
memang sedia maklum bahawa latihan full 2 minggu ni 
akan menyebabkan seseorang itu hitam legam
bukan hitam yang sebarangan
Hitam jelaga.. tau x. jelaga oke.
kene jemur tengah panas masa tgh hari,
buat masa ni boleh la korang nak panggil saya hitam kan.. tunggula saya cerah balik
muahaha..
oh gambar tiada sebab takde confident nak amik gambar

2. Kurang berat badan
haha, gelak kan diri sendiri dulu,
padahal tak timbang berat badan lagi tapi dah tau hasilnya
hei sebab seluar dah longgar oke
ni pun perasan jugak.the.he..hee

3. Rasa nak demam
tak nak komen. badan rasa penat sgt
walaupun bergelen2 air 100 plus minum pun still rasa dah tak bertenaga
sebabkan kene jemur tgh panas, rasa panas dalam pulak
dahla tak boleh nak minum ais sebab takut tumbang dalam baris

hei, nak tau cerita tak, macam ni..
saya pernah curi-curi minum air coke tau
tak tau kenapa hari tu teringin sangat nak minum coke
so, mintak la member saya kat sini belikan. nyum..nyum
mujur tak tumbang.. tapi kesannya, kaki menggeletar.. tak tahan beb
oh, ini sepatutnya dalam tajuk
keburukan minum air coca cola.. terima kasih

****

gud news ialah :
sambung degree di Penang semula
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam (Infrastruktur)  
Alhamdulillah.. syukur dapat sambung study 
cuma sedih sebab kawan2 lain semua sambung kat S.alam


jom layan video,

suka video ni.. :)



Baby with Scarf



lagi-lagi cerita anak..
eh tak..semalam cerita mak budak kan
sekarang sila dalami tajuk entry sebab malas nak explain banyak-banyak
Baby with scarf..
baby..babies

again.. nak cakap.. baby sungguh comel dan innocent
kalau paksa dia pakai ape2 pun dia tak kisah
yela tak kan tiba-tiba nak merungut cakap
"ei tak lawanya pemilihan kaler. tak sepadan dengan saya.. ibu tak pandai pilih"
tapi mana lah tau kalau ini yang tersirat dalam hati baby kan

maafkan saya sebab mengarut..maafkan

now, mari hayati beberapa gambar
kanak-kanak girang yang mendapat sentuhan dandanan dari saya


ahaks.. tiba2 rasa terpanggil nak menyajikan gambar-gambar

alolo comel.. come to mama sayang 








oh tiba-tiba rasa macam nak cakap ini
if i have a baby (baby girl), nak pakai kan tudung la..
didik dari kecil..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...