Cara Pemakaian Cincin


Salam...hye sume..
td kan, saya ada tertengok gambar2 artis la kan.. maklumla saya ni suka tengok gosip2 juga..
Pastu kan..kan..kan...
hiii...saya tengok la cincin dorg..cantik2..saya suka yang cincin besar2. ha, kat cni, saya nak share cikit.. info ni dapat dari Professor Google la..

CARA PEMAKAIAN CINCIN :

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali (kw) sesudah Saidina Ali berkahwin dgn Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda. Nabi Muhammad berpesan kpd Saidina Ali iaitu ;

kalau memakai cincin pakailah di jari
i) jari manis
ii) jari kalingking (anak jari)

dan jgn memakai cincin pada jari
i) tengah
ii) jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pd jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat ALLAh iaitu kaum yang derhaka di zaman NAbi LUt as.

perhatian :
cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Jadi, sila nasihatkan kawan2 dan juga saudara mara atau anak2 tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam. kalau tidak sia-sia. kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW maka dapatlah kita pahala.


Wallahu a`alam


Tips Mendapatkan Tido yang Lena

Menurut David Simon, Pengarah The Chopra Center di Carlsbad, California, Amerika Syarikat mengatakan tidur yang nyenyak adalah dasar yang kuat untuk kesihatan mental dan fizik. Ini kerana, sel-sel dalam tubuh memerlukan istirehat yang mencukupi. beberapa fakta yang boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda:

1. Pengcahayaan
Ha, pengcahayaan dalam bilik sangat penting tau .. yela, kalau terlalu terang macam mana nk tido kan. Lebih gelap bilik lebih baik. Pengcahayaan ni bukan kat tingkap je tau, tp termasuk la lampu. Kalau boleh, jgn la tido bila lampu terbukak..tak syok la..silau nanti.. Kalau nk bukak jugak la kan (kot2 korang jenis yang takut gelap) malapkan la lampu tu..



2. Matikan dulu
haha, matikan la diri korang dulu...Eh, jangan buat macamtu pulak.. maksud matikan ni, matikan la segala benda yang boleh mengganggu ketenteraman tido korang.. matikan tv, silent kan fon atau segala peralatan yang boleh mengganggu frekuansi pada waktu malam atau mengganggu suasana sunyi tu. Baca sini 5 don't when you're sleeping

3. Udara Segar
Sebelum tido tu, spray la air freshner sikit kat bilik tu supaya udara segar dan harum gitu sebelum tido. Selain itu, pastikan juga ruang beradu tidak terlalu sempit dan bersih.Elakkan daripada cadar yang berbau.

4. Tido pada masa dan waktu yang sama
Anda tidak perlu ke bilik tidur pada waktunya setiap malam. Jika hari tersebut anda tidak letih atau penat, tentu anda akan terbaring di atas katil berjam-jam tanpa tertidur. Adalah lebih baik anda berbaring di atas katil ketika anda mengantuk.

Kebanyakan mereka yang mempunyai insomnia yang kronik, akan mengalami kesukaran untuk tidur, suka mengeluh dan banyak berfikir. Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.


Mengambil kafien ketika bekerja mungkin akan memberikan anda kesegaran dan kekuatan pada mata anda daripada mengantuk. Namun, jika kafein diambil lewat iaitu pada waktu malam akan mengakibatkan anda tidak mendapat tidur yang nyenyak.

Kandungan kafein yang terdapat pada minuman anda seperti kopi atau Nescafe akan menyahaktifkan badan anda untuk tidur lena, sekaligus membuatkan anda kurang rehat. Akibatnya, anda menjadi lesu atau tidak bermaya untuk ke pejabat atau kelas. Secara tidak langsung, ia membuatkan produktiviti kerja anda merosot.

6. Makan Lebih Awal Pada Waktu Malam
Makan pada waktu malam adalah bagus untuk memulihkan tenaga anda setelah berpenat di siang hari memerah kudrat melakukan pelbagai tugas dan akitiviti. Ia juga baik untuk mengecas tenaga anda apabila penat bersenam ketika di gim atau bersukan.
Namun, awas! Anda perlu makan lebih awal makan pada waktu malam. Apabila anda menangguhkan makan malam sehingga ke larut malam dikhuatiri akan mengganggu sistem penghadaman. Malahan, berat badan anda juga mungkin akan bertambah!
7. Hindari Menonton Televisyen
Mungkin sudah menjadi tabiat bagi sesetengah orang menonton televisyen sebelum tidur boleh menghiburkan hati. Tambahan pula, semakin malam, semakin banyak pula cerita-cerita menarik yang ditayangkan.


Cuba elakkan, apabila anda terus menonton cerita yang menjadi kegemaran anda ia akan menyebabkan badan anda menghantar isyarat kepada otak anda untuk terus menontonnya walaupun badan anda sudah penat dan rasa mengantuk. Perkara ini menyebabkan anda bukan sahaya kurang tidur, bahkan terlambat bangun pada keesokan paginya. Anda disarankan untuk tidak menonton televisyen dalam suasana sekeliling yang gelap kerana ia akan mengelirukan otak anda dengan menghadkan pengeluaran hormon melatonin, hormon yang menggalakkan seseorang supaya tidur.



Fakta Kelebihan Ais dan Air Sejuk


* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

* Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

* Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

* Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

* Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

* Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

* Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

* Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

* Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

* Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

* Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

* Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

* Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

* Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

* Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

*Seorang pembaca juga turut berkongsi bahawa ais juga boleh menyegarkan mata yang ngantuk dan letih dengan cara menuamkan nyer ke mata selama beberapa minit.. (thanks and credit to incik najib,ilmuwan internet)


* According to another reader, Dr Zatiel also share the opinion by stating that cold water is the best treatment after tooth extraction. it'll help the blood clot formation to avoid excess bleeding, especially for diabetic patient and haemofilia person.


*yang paling best, air sejuk juga boleh mengurangkan kegemukan.. ops,bukan dengan cara minum, tp amalkan mandi air sejuk.jgn la korang g bantai mandi dengan ais lak..mandi la pada waktu subuh2 tu..time tu kan air sejuk semulajadi.




Terima kasih kepada semua pembaca yang turut berkongsi maklumat ini bersama saya..

Renung2 kan dan Selamat Beramal =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...