Tips Mendapatkan Tido yang Lena

by - Tuesday, September 07, 2010

Menurut David Simon, Pengarah The Chopra Center di Carlsbad, California, Amerika Syarikat mengatakan tidur yang nyenyak adalah dasar yang kuat untuk kesihatan mental dan fizik. Ini kerana, sel-sel dalam tubuh memerlukan istirehat yang mencukupi. beberapa fakta yang boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda:

1. Pengcahayaan
Ha, pengcahayaan dalam bilik sangat penting tau .. yela, kalau terlalu terang macam mana nk tido kan. Lebih gelap bilik lebih baik. Pengcahayaan ni bukan kat tingkap je tau, tp termasuk la lampu. Kalau boleh, jgn la tido bila lampu terbukak..tak syok la..silau nanti.. Kalau nk bukak jugak la kan (kot2 korang jenis yang takut gelap) malapkan la lampu tu..



2. Matikan dulu
haha, matikan la diri korang dulu...Eh, jangan buat macamtu pulak.. maksud matikan ni, matikan la segala benda yang boleh mengganggu ketenteraman tido korang.. matikan tv, silent kan fon atau segala peralatan yang boleh mengganggu frekuansi pada waktu malam atau mengganggu suasana sunyi tu. Baca sini 5 don't when you're sleeping

3. Udara Segar
Sebelum tido tu, spray la air freshner sikit kat bilik tu supaya udara segar dan harum gitu sebelum tido. Selain itu, pastikan juga ruang beradu tidak terlalu sempit dan bersih.Elakkan daripada cadar yang berbau.

4. Tido pada masa dan waktu yang sama
Anda tidak perlu ke bilik tidur pada waktunya setiap malam. Jika hari tersebut anda tidak letih atau penat, tentu anda akan terbaring di atas katil berjam-jam tanpa tertidur. Adalah lebih baik anda berbaring di atas katil ketika anda mengantuk.

Kebanyakan mereka yang mempunyai insomnia yang kronik, akan mengalami kesukaran untuk tidur, suka mengeluh dan banyak berfikir. Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.


Mengambil kafien ketika bekerja mungkin akan memberikan anda kesegaran dan kekuatan pada mata anda daripada mengantuk. Namun, jika kafein diambil lewat iaitu pada waktu malam akan mengakibatkan anda tidak mendapat tidur yang nyenyak.

Kandungan kafein yang terdapat pada minuman anda seperti kopi atau Nescafe akan menyahaktifkan badan anda untuk tidur lena, sekaligus membuatkan anda kurang rehat. Akibatnya, anda menjadi lesu atau tidak bermaya untuk ke pejabat atau kelas. Secara tidak langsung, ia membuatkan produktiviti kerja anda merosot.

6. Makan Lebih Awal Pada Waktu Malam
Makan pada waktu malam adalah bagus untuk memulihkan tenaga anda setelah berpenat di siang hari memerah kudrat melakukan pelbagai tugas dan akitiviti. Ia juga baik untuk mengecas tenaga anda apabila penat bersenam ketika di gim atau bersukan.
Namun, awas! Anda perlu makan lebih awal makan pada waktu malam. Apabila anda menangguhkan makan malam sehingga ke larut malam dikhuatiri akan mengganggu sistem penghadaman. Malahan, berat badan anda juga mungkin akan bertambah!
7. Hindari Menonton Televisyen
Mungkin sudah menjadi tabiat bagi sesetengah orang menonton televisyen sebelum tidur boleh menghiburkan hati. Tambahan pula, semakin malam, semakin banyak pula cerita-cerita menarik yang ditayangkan.


Cuba elakkan, apabila anda terus menonton cerita yang menjadi kegemaran anda ia akan menyebabkan badan anda menghantar isyarat kepada otak anda untuk terus menontonnya walaupun badan anda sudah penat dan rasa mengantuk. Perkara ini menyebabkan anda bukan sahaya kurang tidur, bahkan terlambat bangun pada keesokan paginya. Anda disarankan untuk tidak menonton televisyen dalam suasana sekeliling yang gelap kerana ia akan mengelirukan otak anda dengan menghadkan pengeluaran hormon melatonin, hormon yang menggalakkan seseorang supaya tidur.



You May Also Like

2 comments

  1. gud info,akak pon selalu susah nak tidoo...TQ

    salam kenal yer dik..rasenyer pestime akak menyiggah ker sini..nice blog here..

    Salam Aidilfitri

    ReplyDelete
  2. hihi...TQ kak..salam aidilfitri juga..

    ReplyDelete